Video 'deepfake' PM Lee disebar; jumlah kandungan manipulasi kian meningkat
Anggaran Waktu Membaca:
Petikan skrin video 'deepfake' melibatkan PM Lee Hsien Loong.
SINGAPURA: Sebuah video palsu yang biasanya dibuat dengan kecerdasan buatan (AI) atau 'deepfake' yang melibatkan Perdana Menteri Lee Hsien Loong mempromosikan platform pelaburan disebarkan secara online.
Ini sekali gus menggariskan kelemahan AI dan penggunaannya bagi menyebar maklumat palsu.
Dalam video palsu itu, PM Lee dilihat seperti diwawancara oleh penyampai berita dari rangkaian berita China CGTN. Mereka membincangkan peluang pelaburan yang kononnya diluluskan pemerintah Singapura, sambil merujuknya sebagai "platform pelaburan yang membawa revolusi dan direka oleh Elon Musk".
Video tersebut diakhiri dengan penyampai berita menggesa penonton supaya menekan pautan bagi mendaftar untuk platform demi meraih "pendapatan secara tidak langsung".
Video 'deepfake' itu nampaknya diubah daripada wawancara sebenar dengan PM Lee di Singapura pada bulan Mac.
Video sedemikian juga dicipta mengguna teknik AI bagi merubah atau memanipulasi kandungan visual dan audio.
Penolong Profesor dari Sekolah Pengajian Komunikasi dan Maklumat Wee Kim Wee Universiti Teknologi Nanyang (NTU) Saifuddin Ahmed memberitahu Mediacorp pada Khamis (28 Dis) bahawa lebih banyak video palsu 'deepfake' melibatkan pemimpin politik boleh dijangkakan.
Video 'deepfake' adalah "sangat membimbangkan", kata Penolong Prof Saifuddin Ahmed.
Oleh itu, wujud keperluan mendesak bagi kesedaran dan pendidikan yang meningkat berhubung video 'deepfake', tambahnya.
Semasa dihubungi berhubung video 'deepfake' melibatkan PM Lee, Pejabat Perdana Menteri menarik perhatian kepada catatan di laman Facebooknya pada bulan Julai selepas semakin banyak iklan online menyalahgunakan gambar beliau untuk peluang pelaburan.
"Sekiranya iklan itu menggunakan gambar saya untuk menjual produk kepada anda, meminta anda melabur dalam skim, atau juga menggunakan suara saya untuk menyuruh anda mengirimkan wang, itu bukan saya," kata PM Lee pada 22 Julai lalu.

Sumber : CNA/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.