Video animasi baharu didik kanak-kanak jaga keselamatan diri terhadap penganiayaan seksual
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Mendidik kanak-kanak kecil tentang peri pentingnya melindungi diri mereka daripada penganiayaan seksual.
Kini, terdapat satu video animasi baharu bagi kanak-kanak berusia sehingga 10 tahun.
Ia dilancarkan oleh PAVE, sebuah khidmat bersepadu bagi keganasan keluarga dan perlindungan kanak-kanak.
Video tersebut mengajar mereka cara melindungi diri seperti mengatakan 'tidak' jika timbul gangguan yang tidak diingini.
Kanak-kanak turut diberikan panduan bagaimana untuk memberitahu seorang dewasa yang boleh dipercayai jika diganggu, serta menjaga tubuh badan mereka.
"Saya berikrar untuk katakan tidak jika seseorang membuat saya rasa tidak selesa. Saya berikrar untuk katakan tidak apabila saya berasa tidak selesa. Saya berikrar untuk katakan tidak apabila sesuatu dirasakan tidak betul," laung kanak-kanak tersebut dalam menyatakan ikrar.
Projek yang dibiayai dana Cabaran Presiden ini turut disasarkan kepada para ibu bapa.
Misalnya, menurut PAVE, sebahagian orang tidak menyedari bahawa anggota tubuh seperti bibir boleh dianggap sebagai bahagian sulit.
Video itu adalah yang pertama seumpamanya dihasilkan dalam negeri.
Ia sebahagian daripada usaha lebih luas untuk menerapkan sebuah kurikulum pendidikan seksual bagi kanak-kanak.
Satu permainan interaktif juga turut dalam perancangan.

Sumber : CNA/FZ/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.