Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Vape & komponennya bernilai hampir S$700,000 dirampas; 3 lelaki S'pura diberkas

Dadah serta alat pengewap (vape) dan komponen berkaitan bernilai hampir S$700,000 dirampas dalam serbuan yang dilancarkan oleh Biro Narkotik Pusat (CNB) di Upper Bukit Timah.

Anggaran Waktu Membaca:
Vape & komponennya bernilai hampir S$700,000 dirampas; 3 lelaki S'pura diberkas

Pelbagai e-pengewap dan pod ditemui di sebuah unit kediaman di Upper Bukit Timah pada 16 Feb 2022. (Gambar: HSA)

SINGAPURA: Dadah serta alat pengewap (vape) dan komponen berkaitan bernilai hampir S$700,000 dirampas dalam serbuan yang dilancarkan oleh Biro Narkotik Pusat (CNB) di Upper Bukit Timah.

Tiga lelaki warga Singapura berusia 30-an tahun juga ditangkap kerana disyaki melakukan kesalahan dadah, menurut CNB dan Penguasa Sains Kesihatan (HSA) dalam satu kenyataan bersama pada Isnin (21 Feb).

Serbuan itu dijalankan pada 16 Februari lalu.

Selepas dua daripada lelaki-lelaki itu diberkas di kawasan Upper Bukit Timah, mereka dibawa ke sebuah unit kediaman di kawasan yang sama di mana suspek ketiga ditangkap.

Sejumlah 2 gram Ice, 18 pil ecstasy dan peralatan dadah dirampas daripada unit itu, menurut CNB serta HSA.

Para pegawai juga menemui jumlah besar vape dan komponen berkaitannya.

"Sebanyak 1,461 aneka vape, 94,572 aneka pod (komponen vape) dan 78,091 HeatSticks (tembakau yang dinyalakan dengan haba dan bukan dibakar) juga dirampas oleh HSA," menurut pihak berkuasa.

Siasatan ke atas para suspek sedang dijalankan, tambah kenyataan tersebut.

Mengimport, mengedar, menjual atau menawarkan untuk penjualan produk tembakau tiruan dilarang di Singapura.

"Ini termasuk tembakau shisha, tembakau tanpa asap, tembakau kunyah seperti Gutkha, Khaini, Zarda, e-pengewap serta komponennya," menurut CNB dan HSA.

Sesiapa didapati bersalah boleh didenda sehingga S$10,000, dipenjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan pertama.

Pesalah berulang boleh didenda tidak melebihi S$20,000, dipenjara sehingga setahun atau kedua-duanya sekali.

Pembelian, penggunaan dan pemilikan produk sedemikian juga satu kesalahan di sisi undang-undang, tekan HSA.

Pesalah boleh didenda sehingga S$2,000. Semua barangan tembakau terlarang juga akan dirampas atau disita.

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan