Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Vape, aksesori bernilai S$370,000 dirampas; lelaki 24 tahun ditahan miliki senjata berbahaya

Penguasa Sains Kesihatan (HSA) merampas pengewap elektronik (vape) dan aksesorinya bernilai hampir S$370,000 dalam operasi yang disifatkan sebagai rampasan terbesar HSA sejauh ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Vape, aksesori bernilai S$370,000 dirampas; lelaki 24 tahun ditahan miliki senjata berbahaya

Para pegawai HSA menemui vape dan aksesorinya bernilai hampir $370,000 serta senjata-senjata berbahaya semasa satu operasi pada 18 Mac 2021. (Gambar-gambar: HSA & SPF)

SINGAPURA: Penguasa Sains Kesihatan (HSA) merampas pengewap elektronik (vape) dan aksesorinya bernilai hampir S$370,000 dalam operasi yang disifatkan sebagai rampasan terbesar HSA sejauh ini.

Menurut kenyataan media HSA pada Selasa (23 Mac), tiga orang sedang membantu siasatan, sementara salah seorang lelaki berusia 24 tahun yang disyaki terbabit dengan penjualan vape, juga disiasat polis kerana disyaki terbabit dalam kes memiliki senjata berbahaya.

Semasa serbuan dilancarkan ke atas rumahnya di Serangoon North Avenue 1 pada Khamis (18 Mac), para pegawai HSA menemui senjata buku lima dan pisau belati.

Sebelum itu, berdasarkan maklumat yang diperolehi, para pegawai HSA menahan dua lelaki yang tiba di sebuah kemudahan simpanan di Tuas untuk mengambil penghantaran pengewap elektronik.

Sejumlah 1,157 vape dan 25,435 komponen pengewap elektronik dianggarkan benilai S$369,150 dirampas dari kemudahan simpanan dan tempat kediaman lelaki tersebut.

HSA mengingatkan orang ramai bahawa kegiatan mengimport, mengedar, menjual dan tawaran untuk menjual produk tembakau yang berbahaya atau produk yang mirip seperti tembakau adalah satu kesalahan di sisi undang-undang.

Ini termasuk tembakau shisha, tembakau tanpa asap, tembakau kunyah seperti Gutkha, Khaini dan Zarda, pengewap elektronik dan aksesorinya.

Polis juga mengingatkan orang ramai bahawa pemilikan senjata berbahaya juga adalah satu kesalahan di bawah Akta Bahan-Bahan Letupan dan Akta Senjata Berbahaya. 

Sumber : BERITA Mediacorp/zm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan