Van BERITAmediacorp jelajah ke Kampong Gelam untuk dekati penonton
Kawasan Kampong Gelam meriah dan berwarna hari ini (23 Nov) dengan kepelbagaian seni Asia Tenggara, yang ditampilkan menerusi kegiatan bengkel, pameran dan jejak warisan.
SINGAPURA: Kawasan Kampong Gelam meriah dan berwarna hari ini (23 Nov) dengan kepelbagaian seni Asia Tenggara, yang ditampilkan menerusi kegiatan bengkel, pameran dan jejak warisan.
BERITAmediacorp juga 'singgah' ke kawasan yang kaya dengan sejarah, warisan dan budaya itu untuk memperkenalkan inisiatif baru dipanggil 'BERITA Jelajah' kepada para penonton.
Menerusi sebuah van BERITAmediacorp, para pengunjung berpeluang berkongsi cerita-cerita warisan, memberi maklum balas dan idea kegiatan serta tempat menarik yang boleh dijadikan bahan berita.
Ia sebahagian usaha BERITAmediacorp untuk lebih dekat dengan penonton, selain lebih memahami pelbagai platform berita yang ditawarkan menerusi portal online dan media sosial.
Kehadiran BERITAmediacorp adalah atas kerjasama penganjur Gelam Gallery Alive dengan sokongan Lembaga Pelancongan Singapura (STB).
Bermula 15 November lalu, ekstravaganza seni selama dua minggu, meraikan inspirasi dari semua lapisan masyarakat.
Lorong di Muscat Street antara lain diwarnai dengan persembahan artis-artis jalanan, pelukis dan penggiat seni yang memberikan perkspektif baru kepada kisah-kisah warisan kaya budaya masyarakat Singapura.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.