Vaksinasi COVID-19 akan dimasukkan dalam jadual imunisasi nasional SG mulai 12 Okt
Anggaran Waktu Membaca:
Seorang petugas kesihatan sedang menyediakan dos vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech di Singapura. (Gambar fail: CNA/Jeremy Long)
COVID-19 vaccination to be included in Singapore's national immunisation schedule from Oct 12
- MOH and CDA announced that COVID-19 vaccination will be included in Singapore's NCIS and NAIS from Friday, Oct 12, after the national programme began in 2020.
- This step was taken because COVID-19 is still spreading and can cause severe illness, especially among seniors and individuals who are medically vulnerable.
- The vaccine is recommended for individuals aged 60 and above, medically vulnerable groups aged six months and above, and residents of aged care homes, and is also encouraged for healthcare workers and members of their households.
- Full subsidies will continue to be provided at CHAS GP clinics, polyclinics and selected MVTs, but Medisave claims related to COVID-19 vaccination will stop from Jan 1, 2027.
- MOH dan CDA mengumumkan vaksinasi COVID-19 dimasukkan ke dalam NCIS dan NAIS Singapura mulai Jumaat, 12 Okt, selepas program nasional bermula sejak 2020.
- Langkah ini dibuat kerana COVID-19 masih menular dan boleh menyebabkan penyakit teruk, terutama kepada warga emas serta individu mudah terjejas dari segi kesihatan.
- Vaksin disyorkan untuk individu 60 tahun ke atas, golongan mudah terjejas berusia enam bulan ke atas, penghuni jagaan warga emas, serta digalakkan bagi pekerja kesihatan dan ahli serumah mereka.
- Subsidi penuh masih diberi di klinik GP CHAS, poliklinik dan MVT tertentu, tetapi tuntutan MediSave berkaitan vaksinasi COVID-19 dihentikan mulai 1 Januari 2027.
SINGAPURA: Vaksinasi COVID-19 akan dimasukkan ke dalam jadual imunisasi nasional Singapura mulai Isnin (12 Okt), menurut Kementerian Kesihatan (MOH) dan Agensi Penyakit Berjangkit (CDA).
Vaksinasi itu akan dimasukkan ke dalam Jadual Imunisasi Kanak-Kanak Nasional (NCIS) dan Jadual Imunisasi Dewasa Nasional (NAIS), menurut pihak berkuasa dalam kenyataan media pada Rabu.
Vaksinasi COVID-19 ditawarkan di bawah Program Vaksinasi Nasional sejak 2020 bagi memudahkan orang ramai mendapatkan vaksin semasa pandemik.
“Memandangkan COVID-19 akan terus menular dan menimbulkan risiko penyakit teruk, khususnya dalam kalangan golongan lanjut usia dan individu yang mudah terjejas dari segi kesihatan, vaksinasi COVID-19 akan dimasukkan ke dalam NCIS dan NAIS bagi memastikan vaksin itu sentiasa mudah diakses dan dimampui orang awam,” menurut MOH dan CDA.
Mereka yang disyorkan mendapatkan vaksinasi di bawah NCIS dan NAIS termasuk individu berusia 60 tahun dan ke atas, individu yang mudah terjejas dari segi kesihatan berusia enam bulan dan ke atas serta penghuni kemudahan jagaan warga emas.
Pekerja jagaan kesihatan dan mereka yang tinggal bersama individu yang mudah terjejas dari segi kesihatan juga digalakkan mendapatkan vaksin bagi melindungi orang tersayang di sekeliling mereka, menurut pihak berkuasa.
Individu lain berusia enam bulan dan ke atas yang ingin mendapatkan vaksin COVID-19 boleh terus berbuat demikian, menurut MOH dan CDA.
Individu yang belum pernah mendapatkan vaksin dan menerima vaksinasi buat kali pertama harus menerima dua dos vaksin, dengan jarak lapan minggu bagi mereka yang berusia enam bulan hingga empat tahun, dan satu dos vaksin bagi mereka yang berusia lima tahun dan ke atas.
Bagi mereka yang berusia enam bulan dan ke atas yang pernah mendapatkan vaksin sebelum ini harus menerima dos tambahan sekitar setahun, dan sekurang-kurangnya lima bulan selepas dos vaksin terakhir mereka.
Vaksinasi COVID-19 masih diberikan subsidi sepenuhnya bagi warga Singapura, Penduduk Tetap (PR), pemegang pas jangka panjang dan pemegang pas jangka pendek tertentu di klinik GP CHAS, poliklinik dan tapak pasukan vaksinasi bergerak (MVT) yang menawarkannya, sehingga semakan selanjutnya.
Oleh demikian, vaksinasi COVID-19 tidak boleh dituntut di bawah MediSave 500/700, atau Skim Penjagaan Pencegahan dan Penyakit Kronik MediSave mulai 1 Januari 2027, sehingga semakan selanjutnya.

Sumber : CNA/LL/ll
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.