Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Vaksin Sinovac kurang beri perlindungan lawan COVID-19 teruk: Kajian MOH, NCID

Anggaran Waktu Membaca:
Vaksin Sinovac kurang beri perlindungan lawan COVID-19 teruk: Kajian MOH, NCID

Gambar fail vaksin COVID-19 Sinovac. (Gambar: Lillian Suwanrumph/AFP)

SINGAPURA: Satu kajian di Singapura mendapati bahawa mereka yang menerima dua dos vaksin COVID-19 Sinovac mempunyai perlindungan lebih rendah terhadap penyakit teruk akibat varian Delta.

Mereka yang disuntik dengan vaksin mRNA seperti Pfizer-BioNTech atau Moderna mempunyai perlindungan lebih tinggi.

Kajian itu meneliti data lebih 1.2 juta orang berusia 40 tahun dan ke atas yang telah lengkap divaksin.

Dijalankan oleh Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit (NCID) dan pasukan Pengurusan dan Analitik Data di bawah Kementerian Kesihatan (MOH), kajian itu mendapati bahawa dua dos vaksin Sinovac adalah 60 peratus berkesan terhadap penyakit teruk akibat COVID-19.

Penyakit teruk merujuk kepada mereka yang memerlukan bantuan oksigen atau dimasukkan ke unit jagaan rapi (ICU) serta yang menyebabkan kematian.

Sementara itu keberkesanan vaksin Pfizer-BioNTech dan Moderna pada dos yang sama masing-masing adalah 90 peratus dan 97 peratus.

Kajian itu menyarankan mereka yang sudah mendapat dua suntikan Sinovac agar dapatkan vaksin Pfizer atau Moderna sebagai dos ketiga.

Jika tidak, mereka sekurang-kurangnya harus melengkapkan dos asas dengan dos ketiga Sinovac.

Saranan tersebut sejajar dengan dapatan antarabangsa.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan