Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Vaksin Novavax COVID-19 ditawarkan kepada remaja 12 hingga 17 tahun

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Vaksin Novavax COVID-19 akan ditawarkan kepada golongan muda berusia 12 hingga 17 tahun mula 15 Mei menurut pengumuman Kementerian Kesihatan (MOH) pada Jumaat (12 Mei).

MOH menyatakan bahawa ia menerima cadangan daripada Jawatankuasa Pakar tentang Vaksinasi COVID-19 untuk melanjutkan penggunaan vaksin itu bagi peringkat umur tersebut di bawah Program Vaksinasi Nasional.

Ini berikutan kebenaran Penguasa Sains Kesihatan (HSA) mengenai penggunaan vaksin itu bagi peringkat umur tersebut.

Dengan pelanjutan itu, individu-individu dalam peringkat umur tersebut yang tidak layak untuk menerima vaksin Pfizer-BioNTech/Comirnaty disebabkan faktor kesihatan, atau yang ingin menerima vaksin bukan mRNA, mempunyai pilihan untuk menerima suntikan bukan mRNA di bawah program itu supaya dapat melengkapkan vaksinasi COVID-19 yang dicadangkan.

Vaksin Novavax COVID-19, juga dikenali sebagai Nuvaxovid, dibenarkan untuk digunakan buat sementara di Singapura pada 14 Februari 2022.

Mulai 15 Mei, mereka yang berusia antara 12 hingga 17 tahun boleh menempah slot untuk menerima vaksin tersebut di salah satu daripada 19 Klinik Kesediaan Kesihatan Awam (PHPC) yang menawarkannya.
(Gambar: Kementerian Kesihatan)
Mereka juga boleh melayari laman gowhere.gov.sg/vaccine untuk mendapatkan loksi pusat vaksinasi terdekat serta watu operasinya.

Mereka yang berusia antara 12 hingga 17 tahun yang akan menerima suntikan Novavax COVID-19 dicadangkan untuk mendapatkan tiga suntikan vaksin itu untuk mencapai perlindungan minimum, tambah MOH.

Tempoh antara dos pertama dan kedua harus diambil selepas lapan minggu, manakala tempoh yang dicadangkan antara dos kedua dengan ketiga adalah lima bulan. Vaksin Novavax boleh diambil sebagai suntikan penggalak walapun individu tersebut pernah menerima vaksin mRNA sebelum ini.

Menurut MOH, mereka yang berusia lima tahun dan ke atas perlu melengkapkan tiga dos vaksin mRNA atau vaksin Novavax, atau empat dos vaksin Sinovac-CoronaVac untuk mencapai perlindungan minima terhadap COVID-19.

Dalam kenyataan berasingan, jawatankuasa pakar menyatakan bahawa vaksin Novavax menghasilkan kadar antibodi yang serupa dalam golongan muda berusia 12 hingga 17 tahun, seperti dalam golongan dewasa. Ia juga mempunyai keberkesanan vaksin sebanyak 79.5 peratus ketika varian Delta tersebar.

Kebanyakan kesan sampingannya adalah antara kadar yang ringan hingga sederhana dan dapat dirawat dalam beberapa hari. Tiada kes tempatan miokarditis, atau keradangan jantung dilaporkan. Namun, terdapat laporan tentang miokarditis yang jarang berlaku di luar negara.

Jawatankuasa itu menambah bahawa vaksin Novavax bukan vaksin yang dikemas kini, seperti vaksin Pfizer-BioNTech/Comirnaty Bivalent bagi peringkat umur 12 hingga 17 tahun di bawah Program Vaksinasi Nasional.

"Vaksinasi masih kekal perlindungan utama kita terhadap COVID-19. Kami menggalak setiap individu yang layak untuk melengkapkan dos vaksin mereka, termasuk dos penggalak, yang dicadangkan untuk mereka supaya dapat mengurangkan risiko menghidapi penyakit serius," menurut MOH.

Negara lain yang membenarkan vaksin Novavax bagi golongan muda berusia 12 hingga 17 tahun termasuk Amerika Syarikat, Australia, Taiwan dan korea Selatan.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan