Vaksin mpox bagi kakitangan jagaan kesihatan yang berisiko atau kontak rapat: Ong Ye Kung
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar hiasan: iStock)
SINGAPURA: Singapura akan menawarkan vaksin mpox kepada para pekerja jagaan kesihatan yang berisiko tinggi terdedah kepada penyakit cacar itu serta kontak rapat pesakitnya.
Walaupun tiada laporan jangkitan teruk, atau kes suspek buat masa ini, Kementerian Kesihatan (MOH) menyatakan ia berbuat demikian sebagai langkah berjaga-jaga.
Menteri Kesihatan Ong Ye Kung menambah tiada juga rancangan untuk meningkatkan langkah kawalan penyakit.
Beliau berkata: ""Kami tidak fikir ada sebab untuk meningkatkan tahap melangkaui pengurusan wabak untuk mpox Klad 1.
Maka itu, kami tidak harus leka dan mudah puas hati. Kami telah membangunkan banyak pelan sementara sejak pandemik COVID-19. Sudah tiba masanya untuk kita menghidupkan semula rancangan-rancangan ini dan melaksanakan sebahagian daripadanya dan terus memantau keadaan dan bersedia untuk bertindak balas, menyesuaikan diri dan malah melaksanakan langkah-langkah tertentu secara tegas sekiranya perlu."
Walaupun tidak ada rancangan untuk menawarkan vaksin kepada golongan rakyat Singapura yang lebih luas, pihak berkuasa menyatakan simpanan vaksin mpox adalah mencukupi untuk rancangan semasa.
Sesetengah rakyat Singapura yang telah diberi vaksin cacar juga akan mendapat perlindungan daripada mpox.
Ketua Pengarah Kesihatan, Kementerian Kesihatan Profesor Kenneth Mak berkata: "Memandangkan vaksinasi cacar diperlukan di Singapura sehingga awal tahun 1981, terdapat beberapa imuniti dan perlindungan mpox di kalangan rakyat Singapura yang berumur 45 tahun ke atas.
"Memandangkan cacar adalah penyakit yang sangat berbahaya, Singapura terus menyimpan vaksin cacar. Dan vaksin ini juga boleh digunakan terhadap virus autopox lain yang serupa, seperti mpox."

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.