Vaksin COVID-19 Sinovac tidak ditawarkan selepas Sep
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Program vaksinasi Singapura akan berhenti menawarkan vaksin COVID-19 Sinovac-CoronaVac selepas September.
Langkah tersebut diambil kerana Penguasa Sains Kesihatan (HSA) belum menerima sebarang permohonan untuk vaksin Sinovac didaftar sepenuhnya, tulis Kementerian Kesihatan (MOM) dalam satu kenyataan pada Jumaat (30 Ogos).
Disebabkan COVID-19 kini dianggap sebagai penyakit endemik, HSA memerlukan semua vaksin COVID-19 didaftar sepenuhnya, "berbanding digunakan disebabkan kecemasan ketika pandemik".
"Individu yang layak yang ingin menerima vaksin COVID-19 Sinovac-CoronaVac dinasihatkan melakukan demikian sebelum 30 September 2024," tambah MOH.
Pada Oktober tahun lalu, kementerian tersebut mengumumkan bahawa sekiranya tiada permohonanan untuk mendaftarkan vaksin Sinovac, ia tidak akan ditawarkan di bawah prgram vaksinasi nasional.
Menurut MOH, Sinovac sudah berhenti menghasilkan vaksin itu.
"Disebabkan pembuatannya sudah berhenti, bekalan vaksin COVID-19 Sinovac-CoronaVac kini tidak disediakan di Singapura secara komersil dan klinik privet juga tidak menawarkannya di bawah Laluan Akses Khas," jelas MOH.
Vaksin lain yang masih ditawarkan di Singapura seperti Pfizer-BioNTech/Comirnaty, Moderna/Spikevax dan Novavax/Nuvaxovid, sudah didaftar sepenuhnya dengan HSA dan akan terus disediakan di bawah program vaksinasi nasional.
Untuk mendapatkan vaksin tersebut, orang ramai boleh membuat temu janji di klinik yang mengambil bahagian atau di poliklinik menerusi sistem tempahanHealthHub.
Selain itu, mereka boleh ke salah satu daripada lima Pusat Ujian dan Vaksinasi Bersama (JTVC) di seluruh negara.
"Gelombang COVID-19 akan terus berlaku dari semasa ke semasa, dan boleh menyebabkan penyakit teruk dalam kalangan mereka yang lebih tua atau terdedah kepada penyakit," tambah MOH.
Orang ramai diingatkan supaya mengikut perkembangan terkini vaksinasi mereka terhadap COVID-19, kerana ia boleh mencegah penyakit yang teruk.
Mereka yang berusia 60 tahun ke atas, individu yang lemah dari segi kesihatan dan penduduk kemudahan penjagaan warga emas digalak untuk mendapatkan suntikan dos tambahan vaksin kira-kira setahun selepas suntikan dos terakhir, dan bukan lebih awal daripada lima bulan.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.