Skip to main content

Singapura

Vaksin COVID-19 Sinopharm bakal ditawarkan di beberapa klinik dan hospital

Beberapa klinik dan hospital privet bakal menawarkan vaksin Sinopharm pada harga sekitar S$100 bagi kedua-dua dos.

Anggaran Waktu Membaca:
Vaksin COVID-19 Sinopharm bakal ditawarkan di beberapa klinik dan hospital

Vaksin Sinopharm. (Gambar: AP)

Diterbitkan : 28 Aug 2021 10:09PM Dikemas Kini : 28 Aug 2021 10:12PM

SINGAPURA: Beberapa klinik dan hospital privet bakal menawarkan vaksin Sinopharm pada harga sekitar S$100 bagi kedua-dua dos.

Medic Surgical & Laser Clinic misalnya sudah mengambil tempahan sekarang dan memulakan vaksinasi pada Isnin (30 Ogos).

IHH Healthcare juga akan mula mengambil tempahan janji temu pada lusa.

Vaksin itu akan ditawarkan di Hospital Gleneagles dan beberapa klinik Shenton Medical Group mulai Rabu nanti.

Hospital Mount Elizabeth pula akan mempunyai vaksin itu mulai 7 September.

Kumpulan jagaan kesihatan itu menyatakan mereka membuat vaksin alternatif lebih mudah diakses agar menggalak lebih ramai orang mendapatkan vaksinasi.

Sumber : CNA/RU/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita