Skip to main content

Singapura

Vaksin COVID-19 Novavax tidak disediakan di SG mulai 2024; stok sedia ada luput pada hujung tahun

Anggaran Waktu Membaca:
Vaksin COVID-19 Novavax tidak disediakan di SG mulai 2024; stok sedia ada luput pada hujung tahun

(Gambar: Justin Tallis/AFP)

Diterbitkan : 28 Nov 2023 11:57PM
SINGAPURA: Mulai 1 Januari 2024, vaksin COVID-19 Novavax tidak lagi disediakan di bawah program vaksinasi nasional Singapura, umum Kementerian Kesihatan (MOH) pada Selasa (28 Nov).

Vaksin Novavax sedia ada, yang juga dikenali sebagai Nuvaxovid, dicipta berdasarkan strain asal COVID-19, dan tidak lagi dibekalkan oleh pembekal, tambah MOH.

Stok vaksin sedia ada Singapura akan luput pada 31 Disember 2023.

Mereka yang masih menginginkan suntikan Novavax harus mendapatkan dos pertama mereka selewat-lewatnya sebelum 1 Disember, untuk melengkapkan vaksinasi utama mereka sebelum 31 Disember.

Mereka yang sudah menerima satu dos vaksin akan dihubungi oleh MOH atau klinik di mana mereka menerimanya, untuk mendapatkan dos kedua sebelum 31 Disember supaya vaksinasi utama mereka dilengkapkan.

Individu yang layak boleh menerima vaksin Novavax dengan menghubungi mana-mana Klinik Kesediaan Kesihatan Awam (PHPC) untuk membuat temu janji.

Menurut MOH, individu masih boleh mendapatkan vaksin MRNA selepas 31 Disember, iaitu vaksin Moderna/Spikevax dan Pfizer-BioNTech/Comirnaty, di Pusat Ujian dan Vaksinasi Bersama (JTVC), poliklinik dan PHPC.

MOH menambah bahawa mereka yang tidak layak untuk untuk menerima vaksin mRNA disebabkan masalah perubatan, boleh memilih untuk menerima vaksin Sinovac-CoronaVac, yang boleh disediakan dalam program vaksinasi kebangsaan sehingga 30 September 2024.

Mereka juga boleh memilih untuk mengambil Sinopharm, yang tersedia di klinik privet yang sudah memohon untuk menggunakan vaksin di bawah Laluan Akses Khas.

"Kami menggalakkan setiap individu untuk mendapatkan vaksin COVID-19 mereka sekiranya mereka layak, mengikuti perkembangan vaksinasi terkini dan melindungi diri mereka daripada COVID-19," tambah MOH.

MOH menyatakan bahawa Novavax sedang dalam proses memfailkan kelulusan kawal selia bagi formula vaksin COVID-19 XBB.1.5 yang dikemas kini.

"Kemas kini lanjut akan disediakan apabila Novavax berjaya memfailkan kelulusan kawal selia."
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita