Vaksin bivalen Moderna/Spikevax miliki profil keselamatan sama seperti dos asal
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: AFP/Getty Images/Justin Sullivan)
SINGAPURA: Kajian klinikal menunjukkan vaksin bivalen Moderna/Spikevax yang dikemas kini mempunyai profil keselamatan yang sama dengan dos asal dengan kira-kira enam dalam 100,000 orang melaporkan kesan sampingan serius, kata Menteri Kesihatan, Ong Ye Kung.
Semua individu yang melaporkan kesan sampangan serius selepas menerima suntikan vaksin sudah pulih atau sedang pulih, tambah Encik Ong pada Ahad (9 Okt).
Beliau menjawab beberapa pertanyaan di laman Facebook selepas Kementerian Kesihatan (MOH) mengumumkan negara sudah mengemas kini program vaksinasi pada Jumaat (7 Okt).
Antara saranan yang dikemas kini, menurut MOH adalah semua individu harus mengikuti perkembangan dengan panduan terkini dan memastikan mereka "mencapai perlindungan minimum".
Saranan vaksinasi terkini adalah tiga suntikan lengkap dos mRNA atau Novavax atau empat dos Sinovac-CoronaVac untuk perlindungan minimum.
Encik Ong menjelaskan pada Ahad bahawa meskipun individu sebelum ini dijangkiti dan mempunyai dua suntikan vaksin dos mRNA, mereka ada perlindungan minimum. Individu tersebut tidak seharusnya menganggap jangkitan sebagai menggantikan dos vaksin.
"Untuk mengikuti perkembangan vaksinasi COVID-19, jika anda berumur 50 tahun ke atas, anda sudah mencapai perlindungan minimum. Anda harus menerima suntikan dos tambahan dalam masa lima bulan hingga satu tahun selepas menerima suntikan vaksin terakhir," kata beliau.
Menjawab mengenai keprihatinan berhubung dengan dos vaksin bivalen yang menyasarkan jenis virus asal SARS-CoV-2 dan varian Omicron BA.1, Encik Ong mengatakan kajian klinikal membuktikan bahawa dos berkenaan mempunyai profil keselamatan yang sama seperti vaksin mRNA Moderna/Spikevax yang asal.
Vaksin asal diberikan sebanyak lebih daripada tiga juta kali di Singapura, kata beliau.
"Kesan sampingan serius dilaporkan dalam kira-kira enam dalam 100,000 vaksinasi dan semua pesakit sudah pulih atau sedang pulih," kata Encik Ong.
Beliau menambah bahawa Penguasa Sains Kesihatan (HSA) melaporkan penurunan kadar kejadian tersebut dengan suntikan seterusnya.
Ini bermakna lebih sedikit orang mengalami kesan sampingan serius selepas menerima suntikan dos penggalak berbanding menerima suntikan itu sebagai sebahagian daripada siri utama.
Beliau turut menggesa individu yang berhasrat untuk tidak mengambil suntikan penggalak kedua mereka untuk mengambil suntikan dos bivalen kerana "kami sudah berhenti mengira jumlah suntikan penggalak".
Vaksin bivalen Moderna/Spikevax akan tersedia di semua pusat ujian dan vaksinasi bersama mulai 17 Oktober.

VAKSIN MODERNA/SPIKEVAX UNTUK KANAK-KANAK
Dalam kenyataan yang berasingan, Encik Ong memberikan jaminan kepada orang awam bahawa ia adalah selamat untuk memberikan suntikan vaksin kepada kanak-kanak enam bulan hingga lima tahun dengan vaksin Moderna/Spikevax yang akan tersedia untuk mereka sebagai vaksinasi utama.
Beliau menambah bahawa kesan sampingan serius jarang berlaku. Tiada kes anafilaksis atau perikarditis/miokarditis diperhatikan semasa percubaan klinikal.
Singapura akan mula menawarkan vaksinasi COVID-19 kepada kanak-kanak antara enam bulan dan empat tahun bermula 25 Oktober, menurut MOH pada Jumaat (7 Okt).
Vaksin bivalen Pfizer/Comirnaty sedang dinilai dan dijangka tersedia menjelang akhir tahun ini, menurut MOH.

Sumber : CNA/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.