Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Vaksin bivalen Moderna ditawarkan di S'pura pada 14 Okt; 3 hari lebih awal daripada jadual

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 11 Oct 2022 03:22PM Dikemas Kini : 11 Oct 2022 08:37PM
SINGAPURA: Kementerian Kesihatan (MOH) akan mempercepatkan pelaksanaan vaksinasi bagi vaksin bivalen Moderna/Spikevax kepada 14 Oktober ini.

Ia dapat dilaksanakan tiga hari lebih awal daripada tarikh yang diumumkan sebelum ini kerana pasukan operasi MOH berhasil menyiapkan persiapan lebih awal daripada tarikh akhir yang ditetapkan.

Selain itu, terdapat "manfaat untuk menawarkannya lebih awal memandangkan jangkitan semakin meningkat disebabkan oleh penularan subvarian XBB Omicron", menurut MOH.

"Vaksin bivalen Moderna/Spikevax adalah berdasarkan vaksin asal yang sama dengan dos yang sama untuk perlindungan tambahan," tambah MOH.

"Daripada hanya menyasarkan virus asal COVID-19, versi yang dikemas kini juga menyasarkan varian Omicron. Oleh itu ia akan memberikan perlindungan yang lebih baik terhadap varian-varian baru COVID-19. Ia terbukti selamat dan berkesan."


SIAPA YANG LAYAK BAGI VAKSIN BIVALEN?

Mulai Jumaat ini, para penduduk yang masih belum mencapai perlindungan maksimum atau mereka yang berusia 50 tahun ke atas yang sudah mendapatkan dos terakhir mereka lebih daripada lima bulan yang lalu, boleh mendapatkan suntikan vaksin bivalen.


Mereka boleh mendapatkan vaksin bivalen di mana-mana daripada sembilan Pusat Ujian dan Vaksinasi Bersama (JTVC):
  • JTVC Ang Mo Kio
  • JTVC Bukit Merah
  • JTVC Commonwealth
  • JTVC Jurong East
  • JTVC Kaki Bukit
  • JTVC Pasir Ris
  • JTVC Sengkang
  • JTVC Woodlands
  • JTVC Yishun


MOH mengumumkan minggu lalu bahawa vaksin mRNA yang ditawarkan sekarang akan digantikan dengan vaksin bivalen seperti yang disarankan oleh Jawatankuasa Pakar bagi Vaksinasi COVID-19.

Vaksin Asli Bivalen Spikevax/Omicron adalah vaksin bivalen pertama terhadap koronavirus yang diluluskan sebagai dos penggalak di Singapura.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan