Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Vaksin bivalen ditawarkan kepada kakitangan jagaan kesihatan mulai 25 Okt

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 21 Oct 2022 07:27PM Dikemas Kini : 21 Oct 2022 08:57PM
SINGAPURA: Vaksin bivalen Moderna/Spikevax COVID-19 akan ditawarkan kepada para kakitangan jagaan kesihatan dalam sektor awam dan swasta, mulai 25 Oktober.

"Ini bagi melindungi dan menyokong kakitangan jagaan kesihatan kami, yang berdepan dengan risiko lebih besar terdedah kepada COVID-19."

Demikian menurut Kementerian Kesihatan (MOH) pada Jumaat (21 Okt).

Vaksin bivalen tersebut disarankan bagi para kakitangan jagaan kesihatan yang berusia 18 tahun ke atas, sekiranya mereka sudah mendapat tiga dos vaksin mRNA/Nuvaxovid atau empat dos Sinovac-CoronaVac lebih lima bulan lalu.

Para kakitangan jagaan kesihatan yang layak boleh mengunjungi mana-mana daripada sembilan Pusat-Pusat Vaksinasi dan Pusat-Pusat Ujian dan Vaksinasi Bersama (JVTC) yang menawarkan vaksin bivalen Moderna/Spikevax untuk mendapatkan suntikan.

Mereka dikehendaki menunjukkan pas kakitangan yang sah bagi pengenalan diri di JTVC.

Mereka yang tidak mempunyai pas, boleh memberi memo yang tertera kepala surat syarikat atau pertubuhan atau cop rasmi sebagai bukti.

"Aturan berasingan mungkin perlu dibuat oleh setiap institusi jagaan kesihatan bagi menyediakan vaksinasi di insititusi itu untuk memudahkan mereka yang tidak dapat mengunjungi JVTC disebabkan desakan pekerjaan," nyata kementerian itu.

Vaksin bivalen mula disediakan pada 14 Oktober bagi mereka yang belum menerima perlindungan asas - atau berusia 50 tahun ke atas dan kali terakhir menerima dos vaksin mereka lebih lima bulan lalu.

Lebih 28,000 individu sudahpun membuat temu janji bagi suntikan atau menerima vaksin bivalen Moderna/Spikevax setakat Khamis (20 Okt).

"Vaksinasi kekal sebagai pertahanan utama terhadap penyakit yang teruk akibat COVID-19, dan kami menggalakkan semua yang layak untuk mengambil vaksin bivalen sekiranya boleh berbuat demikian," tambah kementerian lagi.

Pada Khamis, Menteri Kesihatan Ong Ye Kung berkata Singapura merancang untuk menawarkan vaksin bivalen COVID-19 kepada golongan usia 18 hingga 49 tahun lewat tahun ini apabila lebih banyak bekalan vaksin diperolehi.
Vaksin bivalen menyediakan perlindungan lebih baik terhadap varian-varian lebih baru COVID-19 berbanding vaksin asal, menurut Encik Ong.

Vaksin bivalen Pfizer-BioNTech/Comirnaty dijangka disediakan di Singapura menjelang hujung tahun ini.
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan