Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Vaksin bivalen dilancar bagi kumpulan usia 18-49 tahun mulai 7 Nov

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 04 Nov 2022 06:44PM Dikemas Kini : 04 Nov 2022 09:39PM
SINGAPURA: Vaksin bivalen Moderna/Spikevax COVID-19 akan ditawarkan kepada inidividu berusia 18 hingga 49 tahun mulai 7 November.

Demikian menurut Kementerian Kesihatan (MOH) pada Jumaat (4 Nov).

Individu yang layak akan menerima kiriman SMS dengan pautan tempahan peribadi untuk membuat janji temu di salah satu Pusat Ujian dan Vaksinasi Bersama (JTVC), bagi mendapatkan dos tambahan vaksin itu.

"Khususnya,individu yang masih belum melengkapkan siri perlindungan minimum mereka harus berbuat demikian secepat mungkin," menurut MOH.
Kementerian itu akan mula menjemput kumpulan usia 40 hingga 49 tahun dalam fasa awal, sebelum beralih secara beransur-ansur ke kumpulan usia yang lebih muda.

"Kami memohon kesabaran dan pemahaman anda bahawa SMS mungkin mengambil masa beberapa minggu untuk dikirimkan kepada semua orang. Bagi mengelakkan kesesakan di JTVC, kami hanya akan mengendalikan pengambilan vaksin tanpa janji temu bagi mereka yang berusia 50 tahun dan ke atas serta pekerja jagaan kesihatan," nyata kementerian itu.

MOH menambah bahawa dengan peluasan terkini itu, semua dewasa berusia 18 tahun dan ke atas harus memastikan bahawa mereka sentiasa terpelihara dengan perlindungaan vaksinasi COVID-19.

Ini bermakna bahawa setelah memperolehi perlindungan minimum, individu-individu berkenaan seharusnya menerima dos penggalak tambahan - iaitu vaksin bivalen yang disyorkan - antara lima bulan hingga satu tahun daripada suntikan terakhir mereka.

Bekalan bagi vaksin bivalen bagi melawan BA.4/5 Omicron keluaran Pfizer-BioNTech/Comirnaty, yang sudah diluluskan secara tempatan untuk kegunaan individu berusia 12 tahun dan ke atas, dijangka tiba menjelang hujung tahun ini.

Para individu, termasuk kanak-kanak, digalakkan untuk menerima vaksin COVID-19 yang disarankan buat mereka sebaik sahaja mereka layak berbuat demikian demi memastikan perlindungan yang tepat pada masanya. Mereka tidak digalakkan untuk melengahkan vaksinasi mereka untuk menunggu vaksin-vaksin tertentu yang mungkin tersedia hanya pada masa hadapan, tambah MOH.

Mulai 7 Oktober, individu berusia 18 tahun dan ke atas juga boleh mengambil Sinovac-CoronaVac sebagai dos penggalak, tanpa perlu memberi bukti ketidaklayakan dari segi perubatan untuk mendapatkan vaksin mRNA atau Novavax/Nuvaxovid.

Ini sebagai langkah untuk menggalak mereka yang sudah divaksin tiga dos Sinovac-CoronaVac untuk mencapai tahap perlindungan minimum terhadap COVID-19 dengan dos keempat, meskipun mereka tetap disarankan untuk mendapatkan vaksin bivalen Moderna/Spikevax, Pfizer-BioNTech/Comirnaty atau Novavax/Nuvaxovid bagi perlindungan lebih baik, jelas MOH.

Lantaran itu, MOH menggesa para individu yang sudah menerima tiga dos Sinovac-CoronaVac untuk mendapatkan suntikan dos keempat vaksin sekiranya mereka belum berbuat demikian.

Kementerian tersebut turut menyatakan bahawa gelombang varian XBB Omicron, yang mendorong lonjakan semula kes-kes COVID-19 baru-baru ini, semakin reda.
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan