Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Vaksin bivalen COVID-19 Moderna tiba jelang akhir Sep; dos Pfizer sedang dinilai: Ong Ye Kung

Anggaran Waktu Membaca:
Vaksin bivalen COVID-19 Moderna tiba jelang akhir Sep; dos Pfizer sedang dinilai: Ong Ye Kung

(Gambar: AP Photo/Rogelio V. Solis)

SINGAPURA: Bekalan vaksin penggalak bivalen COVID-19 Moderna dijangka tiba di Singapura menjelang akhir September dengan pihak berkuasa sedang menilai dos serupa keluaran Pfizer.

Perkara tersebut dikongsi Menteri Kesihatan Ong Ye Kung pada Khamis (15 Sep) dalam video yang dimuatnaik dalam akaun Instagram dan TikTok beliau.

"Kami akan memuktamadkan aturan itu dan akan mengumumkannya kepada orang ramai," kata beliau.

Penguasa Sains Kesihatan (HSA) mengumumkan ia memberikan kebenaran sementara bagi penggunaan suntikan bivalen COVID-19 Moderna sebagai vaksin penggalak pada Rabu (14 Sep), membuatkannya yang pertama diluluskan di Singapura.

Di bawah Laluan Akses Khas Pandemik (PSAR), vaksin itu diluluskan untuk digunakan sebagai dos penggalak buat individu berumur 18 tahun dan ke atas yang sudah menerima dos vaksin COVID-19 asas mereka.
Sumber : CNA/FA/fa

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan