Usulan sistem kredit COE PSP berniat baik tetapi mungkin tidak berkesan: Amy Khor
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar fail: iStock
SINGAPURA: Usulan oleh Parti Kemajuan Singapura (PSP) untuk menetapkan sistem kredit Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) mungkin berniat baik, tetapi "mungkin tidak berkesan apabila diamalkan", kata Menteri Negara Kanan Pengangkutan Amy Khor.
Beliau berkata demikian ketika memberi respons kepada beberapa saranan yang diketengahkan PSP mengenai bagaimana untuk melakarkan sistem COE yang lebih adil bagi kenderaan privet, yang dibangkitkan Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP) Hazel Poa dalam satu usul penangguhan di Parlimen pada Selasa (7 Jan).
Sistem COE yang diusulkan itu akan menggunakan "kredit COE" dan bukan, wang tunai bagi bidaan, jelas Cik Poa.
Kredit tersebut disarankan untuk diagihkan oleh pemerintah kepada rakyat Singapura dan penduduk tetap dewasa setiap bulan, dan jumlah kredit yang diterima oleh setiap individu bergantung kepada pelbagai faktor seperti kewarganegaraan, umur, bilangan anak yang mereka ada dan sama ada mereka mempunyai sebarang ketidakupayaan atau tidak, antara pertimbangan lain.
Bagi tujuan ilustrasi, Cik Poa mencadangkan agar 100 kredit diagihkan kepada setiap warganegara Singapura dewasa dan 70 kepada setiap PR dewasa. Mereka yang mempunyai anak berumur 12 tahun ke bawah boleh mendapat tambahan 200 kredit bagi setiap kanak-kanak yang merupakan warganegara, dan 140 bagi setiap kanak-kanak yang merupakan PR.
Warga emas melebihi umur persaraan boleh mendapat tambahan 100 kredit, dan mereka yang mengalami masalah mobiliti, seperti mereka yang layak mendapat label di tempat letak kereta Kelas 1 atau Kelas 2 bagi orang kurang upaya, boleh mendapat tambahan 200 kredit.
"Contoh-contoh yang diberikan ini tidak lengkap, tetapi berfungsi untuk menggambarkan bagaimana kita boleh menggunakan sistem ini untuk mengambil kira keperluan dan sumbangan sosial, dan menjadikannya lebih murah bagi mereka yang mempunyai keperluan yang lebih besar untuk memiliki kenderaan," katanya.
Beliau menambah bahawa kredit yang diusulkan itu boleh dipindah milik (transferable). Sebagai contoh, keluarga boleh mengumpulkan kredit COE mereka bersama-sama untuk membida kenderaan.
Kredit juga boleh didagangkan – mereka yang ingin memiliki kenderaan boleh membeli kredit COE daripada mereka yang tidak, untuk mengemukakan bidaan yang lebih tinggi.
"Di bawah sistem ini, tidak dapat dielakkan, mereka yang lebih berkemampuan dari segi kewangan masih lebih berupaya memperoleh COE, sekalipun ia diimbangi sedikit sebanyak dengan mengagihkan kredit COE berdasarkan faktor keperluan," kata Cik Poa.
Cik Poa juga mencadangkan bahawa untuk mengurangkan kesan sistem COE baharu yang diusulkan terhadap hasil pemerintah, yuran asas dikutip bagi setiap COE. Ia sama ada dalam bentuk kadar rata bergantung pada kategori COE, atau peratusan daripada nilai pasaran terbuka kereta.
Sungguhpun dengan yuran asas, Cik Poa berkata bahawa masih akan ada sedikit kehilangan hasil bagi pemerintah.
Dalam memberi respons kepada cadangan tersebut, Dr Khor berkata bahawa di bawah usulan itu, mereka yang ingin memiliki kereta boleh membeli kredit COE daripada mereka yang tidak mahu.
Kesan akhirnya ialah orang yang boleh memperoleh COE masih akan menjadi mereka yang sanggup dan mampu membayarnya, katanya.
Beliau menambah bahawa COE dalam keadaan sedemikian mungkin "menelan kos lebih tinggi daripada yang sedia ada hari ini", dan untuk melindungi daripada pasaran gelap bagi kredit, sebuah rejim perdagangan dan penguatkuasaan baharu mungkin perlu ditubuhkan, yang "akhirnya akan lebih membebankan para pembayar cukai".
PENGAGIHAN SEMULA KEKAYAAN PADA "PERINGKAT MAKRO": AMY KHOR
Cik Poa juga berkata bahawa perdagangan kredit COE itu juga akan datang dengan "pengagihan semula kekayaan daripada pemilik kenderaan kepada bukan pemilik kereta, dan daripada warga asing kepada warga Singapura dan PR".
Oleh itu, sistem yang dicadangkan itu boleh memberi ganjaran kepada mereka yang memilih untuk tidak memiliki kereta dan membantu mereka mengatasi peningkatan kos pengangkutan awam dengan lebih baik, tambahnya.
Dr Khor menarik perhatian bahawa "sistem pemindahan" itu adalah sesuatu yang telah dicapai oleh sistem semasa "di peringkat makro".
"COE yang dibayar oleh pemilik privet merupakan sebahagian daripada hasil pemerintah, yang digunakan untuk membiayai subsidi pemerintah bagi pengangkutan awam dan barangan awam lain seperti perumahan, penjagaan kesihatan dan pendidikan," jelasnya.
Dr Khor juga berkata ia "membimbangkan" bahawa PSP mencadangkan agar pemerintah menentukan siapa yang mendapat lebih banyak kredit.
"Ia mungkin kelihatan menarik pada awalnya bahawa individu yang berbeza dengan keperluan yang berlainan harus mendapat (jumlah) kredit yang berbeza, tetapi keperluan sangat subjektif," ujar Dr Khor.
"Bagaimana kami membuat pertimbangan sedemikian tentang siapa yang lebih memerlukan kereta?" tanya Dr Khor.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.