Usul Sylvia Lim berucap tentang sistem keadilan tidak terpilih, Louis Ng akan berucap
Usul pengerusi Parti Pekerja (WP) Sylvia Lim untuk berucap tentang kesaksamaan sistem keadilan jenayah Singapura di sidang Parlimen akan datang pada bulan Oktober tidak dipilih dalam undian rambang yang diadakan pada Selasa (29 Sep).
(Gambar: Facebook/Tan Chuan-Jin)
SINGAPURA: Usul pengerusi Parti Pekerja (WP) Sylvia Lim untuk berucap tentang kesaksamaan sistem keadilan jenayah Singapura di sidang Parlimen akan datang pada bulan Oktober tidak dipilih dalam undian rambang yang diadakan pada Selasa (29 Sep).
Sebaliknya, Anggota Parlimen (AP) Parti Tindakan Rakyat (PAP) Louis Ng akan berucap tentang perlindungan terhadap asap rokok di rumah, umum Speaker Parlimen Tan Chuan-Jin.
Usul penangguhan Cik Lim dan Encik Ng adalah antara lima yang dikemukakan kesemuanya
Dalam satu kiriman di Facebook, Encik Tan menjelaskan bagaimana pada setiap sidang Parlimen, para AP akan "membentangkan isu-isu yang dekat dengan hati mereka dan/atau ketengahkan topik-topik yang penting dan mendapat perhatian umum".
"Apabila terpilih, ini akan dilakukan di penghujung hari dengan masa sehingga 20 minit diperuntukkan kepada AP itu dan 10 minit untuk Menteri memberi jawapan.
"Mereka yang tidak terpilih boleh dikemukakan lagi untuk undian seterusnya bagi sesi seterusnya," jelas beliau
Usul Encik Ng dipilih pada Selasa dan disaksikan oleh Encik Ng dan Cik Lim.
WP sebelum ini menyatakan bahawa usul Cik Lim akan menyentuh tentang "isu lebih mendalam" yang timbul selepas bekas pembantu rumah Parti Liyani dibebaskan daripada semua tuduhan jenayah.
"Tujuannya adalah untuk membincangkan aspek-aspek sistem keadilan jenayah dan cabaran yang dihadapi golongan kurang berkemampuan untuk menempuhinya. Saranan khusus untuk memperbaiki sistem itu akan diketengahkan," kata WP.
Bulan ini Cik Parti dibebaskan dari semua tuduhan selepas disabit bersalah pada Mac 2019 mencuri daripada keluarga bekas pengerusi Changi Airport Group Liew Mun Leong. Encik Liew ialah majikannya dari 2007 hingga 2016 apabila beliau dipecat.
Pejabat Peguam Negara menyatakan pembebasan Cik Parti menimbulkan persoalan yang "wajar disiasat lanjut". Penilaian semula kes itu diketuai Timbalan Peguam Negara Hri Kumar Nair.
Cik Parti telah memfailkan tindakan mahkamah untuk menuntut prosiding disiplin terhadap pendakwa dalam kesnya.
Berikut adalah usul penangguhan yang difailkan bagi sidang Parlimen pada Oktober:
- Denise Phua – Ke arah penglibatan penuh golongan kurang upaya dalam masyarakat Singapura
- Sylvia Lim – Keadilan untuk semua: Perkukuh kesaksamaan dalam sistem keadilan jenayah
- Carrie Tan – Meningkatkan sokongan pendapatan bagi pekerja seni persembahan
- Wan Rizal – Menghapuskan stigma kesihatan mental
- Louis Ng – Perlindungan daripada asap rokok yang dihembus orang lain di dalam rumah
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.