Usul pindaan rang perlindungan data termasuk denda lebih tinggi
Pemerintah melancarkan rundingan awam online mengenai pindaan terhadap undang-undang perlindungan data peribadi dan kawalan spam.
(Gambar hiasan: Kacper Pempel/Reuters)
SINGAPURA: Pemerintah melancarkan rundingan awam online mengenai pindaan terhadap undang-undang perlindungan data peribadi dan kawalan spam.
Antara yang diusulkan ialah hukuman yang lebih berat dan kebertanggungjawaban yang lebih besar.
Di bawah pindaan yang disarankansyarikat dan pertubuhan yang melanggar undang-undang perlindungan data boleh dikenakan denda lebih tinggi sehingga 10 peratus daripada perolehan kasar tahunan mereka atau S$1 juta, bergantung kepada jumlah mana yang lebih tinggi.
Perniagaan juga dikehendaki memberitahu pihak berkuasa dan individu yang terjejas sekiranya pencabulan data tersebut memberi kesan bahaya yang besar.
Mesej teks yang dihantar melalui khidmat pesanan ringkas juga boleh dilarang, jika tergolong dalam 'spam' atau yang tidak diminta.
Sesi rundingan awam itu yang keempat dijalankan oleh Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI) dan Suruhanjaya Perlindungan Data Peribadi (PDPC). Ia berlangsung hingga akhir bulan ini (28 Mei).
Mediacorp difahamkan Rang Undang-Undang Perlindungan Data Peribadi (Pindaan) mungkin dibentangkan akhir tahun ini.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.