Usul parlimen mengenai Pritam: Kronologi dari 2021 hingga 2026
Anggaran Waktu Membaca:
Ketua WP Pritam Singh di perbicaraan oleh Jawatankuasa Hak Istimewa Parlimen pada 10 Dis 2021.
SINGAPURA: Selepas 4.5 tahun siasatan jawatankuasa, siasatan dalaman dan prosiding mahkamah dijalankan, isu mengenai cara Ketua Pembangkang (LO) Pritam Singh menangani pembohongan seorang anggota Parti Pekerja (WP) kini kembali ke parlimen.
Berikut ialah kronologi bagaimana peristiwa tersebut berlaku.
2021
Ia bermula dengan pembohongan oleh mantan Anggota Parlimen (AP) WP, Raeesah Khan, di parlimen pada 3 Ogos 2021.

Ketika itu, Cik Raeesah - yang merupakan AP GRC Sengkang - menyampaikan ucapan semasa usul WP mengenai pemerkasaan wanita, di mana beliau menceritakan bahawa beliau menemani seorang mangsa serangan seksual ke balai polis tiga tahun sebelum itu.
Apabila diminta memberi butiran lanjut supaya pihak berkuasa dapat menjalankan siasatan, Cik Raeesah berkata beliau tidak mahu menyebabkan mangsa mengalami trauma sekali lagi, dan beliau juga tidak berjaya menghubungi wanita tersebut sejak kejadian itu.
Pada 7 Ogos, Cik Raeesah mengaku kepada Encik Pritam melalui telefon bahawa kisah tersebut tidak benar.
Keesokan harinya, beliau bertemu Encik Pritam serta pengerusi parti Sylvia Lim dan naib pengerusi Faisal Manap, dan memaklumkan kepada mereka bahawa beliau sudah berbohong.
Beliau kemudian mendakwa bahawa pemimpin WP bersetuju dalam mesyuarat tersebut bahawa “perkara terbaik ialah teruskan pembohongan hingga bawa ke kubur”.
Pada 4 Oktober tahun tersebut, Menteri Ehwal Dalam Negeri K Shanmugam menggesa Cik Raeesah supaya memberikan butiran lanjut mengenai kes itu. Cik Raeesah menolak, dengan alasan ia perlu dirahsiakan.

Apabila ditanya oleh Encik Shanmugam, yang ketika itu merupakan Menteri Undang-Undang, untuk mengesahkan sama ada beliau menemani mangsa ke balai polis, Cik Raeesah menjawab ya.
Semasa sidang parlimen pada 1 November, Cik Raeesah mengeluarkan kenyataan bagi mengakui bahawa beliau berbohong mengenai menemani mangsa ke balai polis.
Beliau sebenarnya mendengar kisah tersebut dalam sebuah kumpulan sokongan dan mahu berkongsi pengalaman itu, tanpa mendedahkan bahawa beliau sendiri merupakan mangsa serangan seksual.
Ketua Dewan, Indranee Rajah, kemudian mengemukakan aduan di bawah Peraturan Parlimen, dan perkara itu dirujuk kepada Jawatankuasa Hak Istimewa Parlimen (COP).
Keesokan harinya, WP mengumumkan penubuhan panel disiplin untuk meneliti pengakuan Cik Raeesah. Panel itu terdiri daripada Encik Pritam, Cik Lim dan Encik Faisal.

Cik Raeesah meletak jawatan daripada parti dan sebagai AP pada 30 Nov, dan pemimpin WP mengadakan sidang media untuk menjelaskan rentetan kejadian tersebut pada 2 Disember.
Encik Pritam berkata dalam sesi itu bahawa kepimpinan parti mengetahui tentang pembohongan Cik Raeesah seminggu selepas ucapannya pada 3 Ogos, sambil menambah bahawa beliau mengulangi pembohongan itu walaupun diminta untuk menjelaskan perkara tersebut.
Pada 10 dan 15 Disember, COP mendengar keterangan lisan Encik Pritam mengenai perkara itu.
2022
Pada 10 Februari 2022, COP mengeluarkan dapatan siasatannya, yang mendapati Cik Raeesah bersalah kerana menyalahgunakan hak istimewa parlimen dan menyarankan supaya beliau didenda S$35,000 kerana berbohong di parlimen dan kemudian mengulangi pembohongan tersebut.
Ia juga mencadangkan agar Encik Pritam dirujuk kepada pendakwa raya awam untuk siasatan lanjut, “dengan tujuan bagi menimbangkan sama ada prosiding jenayah patut dimulakan berhubung kelakuannya di hadapan COP”.
AP kemudian membahaskan dapatan jawatankuasa itu di parlimen pada 15 Februari. Selepas lebih empat jam, Dewan mengundi untuk meneruskan dengan cadangan COP.
Pada 29 April, pendakwa raya awam merujuk kes Encik Pritam kepada polis bagi siasatan.
2024
Encik Pritam didakwa di mahkamah pada 19 Mac di bawah Akta Parlimen (Hak Istimewa, Kekebalan dan Kuasa) kerana berbohong kepada COP. Beliau mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua tuduhan.

Perbicaraan bermula di Mahkamah Negara pada 14 Oktober dan berlangsung sehingga 8 November, dengan pemeriksaan balas Encik Pritam berakhir selepas tiga hari.
2025
Pada 17 Februari tahun lalu, Encik Pritam sabit kesalahan atas kedua-dua tuduhan berbohong kepada parlimen dan dijatuhi hukuman denda maksimum S$7,000 bagi setiap tuduhan.
Timbalan Ketua Hakim Daerah Luke Tan menghuraikan keputusannya dalam pendengaran yang berlangsung lebih dua jam, sambil berkata: “Mahkamah mesti menyampaikan mesej tentang peri penting memberi maklumat yang benar apabila berada di bawah sumpah.”
Encik Pritam merayu terhadap sabitan dan hukumannya.
Dalam pilihan raya umum pada 3 Mei tahun lalu, Encik Pritam mengekalkan kerusinya sebagai AP selepas mengetuai senarai lima calon WP bagi meraih kemenangan di GRC Aljunied.

Pada 4 Disember, Mahkamah Tinggi menolak rayuan Encik Pritam.
Dalam pendengaran yang berlangsung selama kurang 10 minit, Hakim Steven Chong mengekalkan sabitan Encik Pritam, dengan menyatakan bahawa keputusan untuk sabit beliau atas kedua-dua tuduhan disokong oleh bukti dalam kes tersebut.
Beliau berkata Encik Pritam “berharap beliau tidak perlu menangani kenyataan yang tidak benar” oleh Cik Raeesah.
Encik Pritam memberitahu media selepas mahkamah ditangguhkan bahawa beliau kecewa dengan keputusan itu, namun menghormati dan menerimanya “sepenuhnya dan tanpa sebarang keraguan”.
Beliau menambah bahawa beliau mengambil masa “terlalu lama” untuk bertindak balas terhadap pembohongan Cik Raeesah di parlimen dan mengambil tanggungjawab atas perkara itu.
Pada 17 Disember, Cik Indranee berkata parlimen akan membahaskan “tindak balas wajar” terhadap tindakan dan sabitan Encik Pritam.
“Berbohong di bawah sumpah adalah perkara yang serius. Di sesetengah negara, pemimpin yang berbohong, menipu atau melanggar undang-undang secara terang-terangan masih terlepas daripada sebarang akibat undang-undang atau politik.
"Kita tidak boleh menerima piawaian sedemikian di Singapura,” kata Cik Indranee dalam kenyataan medianya.
Cik Indranee kemudian berkata pada 22 Disember bahawa penghakiman mahkamah dalam kes Encik Pritam mempunyai “implikasi” terhadap Cik Lim dan Encik Faisal, dan perkara itu juga akan dibincangkan pada sidang parlimen seterusnya.
Pada 28 Disember, WP mengesahkan bahawa kader-kader parti meminta supaya persidangan khas diadakan.
Mediacorp difahamkan bahawa lebih 20 kader menandatangani sepucuk surat yang menggesa persidangan khas itu diadakan pada Februari, dan bahawa kedudukan Encik Pritam sebagai ketua parti berada dalam agenda.
2026
Pada 3 Januari, badan pembuat keputusan tertinggi parti - Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) - mengumumkan bahawa panel disiplin akan dibentuk untuk menentukan sama ada Encik Pritam sudah melanggar perlembagaan parti.

Ia juga memutuskan bahawa adalah wajar untuk mengadakan persidangan khas itu hanya selepas panel tersebut menyelesaikan tugasnya berikutan “keperluan untuk proses sewajarnya”.
“Bagi mengelakkan kelengahan yang tidak perlu, CEC telah menetapkan garis masa supaya proses disiplin diselesaikan dalam tempoh tiga bulan,” kata parti itu dalam kenyataan medianya, sambil menambah bahawa notis persidangan khas akan dikeluarkan dalam tempoh dua minggu selepas proses disiplin selesai.
Pada 9 Januari, Cik Indranee memfailkan usul supaya parlimen menimbangkan Encik Pritam sebagai tidak sesuai untuk terus berkhidmat sebagai Ketua Pembangkang dan supaya AP menyatakan kekesalan mereka terhadap kelakuannya.

Sumber : CNA/IM/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.