Skip to main content

Singapura

Usul kurangkan kelajuan PMD dan basikal dikecam; Anggota panel penasihat letak jawatan

Saranan oleh panel penasihat untuk mengurangkan had kelajuan alat mobiliti peribadi (PMDs) dan basikal di laluan pejalan kaki dari 15km/ jam kepada 10km/jam, menerima tindak balas hebat daripada para pengguna.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 25 Aug 2018 02:32PM Dikemas Kini : 25 Aug 2018 10:51PM

SINGAPURA: Saranan oleh panel penasihat untuk mengurangkan had kelajuan alat mobiliti peribadi (PMDs) dan basikal di laluan pejalan kaki dari 15km/ jam kepada 10km/jam, menerima tindak balas hebat daripada para pengguna. Ia juga mengakibatkan seorang anggota panel penasihat - Encik Francis Chu - meletak jawatan kerana tidak bersetuju dengan cadangan itu, sambil mengatakan ia tidak praktikal dan "mustahil untuk dikuatkuasakan".

Para penggiat basikal dan pengguna PMD rata-rata tidak bersetuju dengan usulan yang dikeluarkan oleh Panel Penasihat Mobiliti Aktif (AMAP) pada Jumaat (24 Ogos), dalam usaha untuk menangani peningkatan kejadian kemalangan yang melibatkan jenis pengangkutan tersebut. Selain mahu mengurangkan kelajuan, panel itu menyarankan supaya para pengguna PMD dan basikal diwajibkan untuk "berhenti dan memerhatikan trafik" di lintasan jalan raya, serta dikehendaki memakai topi keledar apabila menunggangnya di jalan raya.

Di antara ketiga-tiga saranan itu, saranan untuk mengurangkan had kelajuan PMD dan basikal di laluan pejalan kaki paling mencetuskan kemarahan ramai.

Encik Chu, seorang anggota Jawatankuasa Berbasikal Kebangsaan dan pengasas bersama kumpulan para penggiat berbasikal LoveCyclingSG, menulis dalam sebuah catatan Facebook pada hari Jumaat (24 Ogos): "Dengan kesalnya, saya mengambil keputusan untuk tidak menyokong saranan yang diterbitkan itu ... dan oleh itu, saya meletak jawatan dari panel tersebut."

Encik Chu menambah bahawa beliau menyokong untuk mengekalkan had kelajuan 15km/h sekarang, dan memperkenalkan peraturan "memperlahankan kelajuan" apabila menghampiri pejalan kaki dan tempat-tempat yang berliku.

Ini akan memberikan "lebih banyak perlindungan kepada pejalan kaki, sementara masih membenarkan pengguna PMD dan basikal" bergerak pada kelajuan praktikal", jelasnya.

LEBIH BAIK JALAN

Usulan untuk mengurangkan had laju adalah berita "mengecewakan" bagi para pengguna PMD dan penunggang basikal, yang berasa bahawa ia hanya membuang masa menggunakan jenis pengangkutan tersebut, memandangkan kelajuan itu "hampir sama dengan seseorang yang sedang berjalan".

Seorang pelajar berusia 17 tahun, Arif Husain, yang berbasikal tiga hingga empat kali seminggu di sekitar kejiranannya di Woodlands, berkata bahawa had 10km/h malah "terlalu perlahan" untuk "penunggang basikal yang melakukannya untuk aktiviti santai di laluan pejalan kaki".

"Malah golongan warga tua pun boleh kayuh dengan lebih cepat," katanya. "Ia sama dengan kelajuan seseorang yang berlari-lari anak dan anda mungkin tidak dapat sampai ke destinasi dengan cepat."

Sumber : Today/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita