Ustazah Siti Rahmah Abdul Hamid, antara kaunselor wanita pertama dalam RRG, meninggal dunia
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG)
SINGAPURA: Ustazah Siti Rahmah Abdul Hamid menghembuskan nafas terakhir di Hospital Tan Tock Seng (TTSH) pada Rabu (6 Dis).
Khabar duka itu baru sahaja disampaikan oleh asatizah-asatizah tempatan termasuk Ustazah Kalthom Isa dan Ustaz Fadli Ayub, menerusi catatan Facebook masing-masing pada Rabu malam.

Ustazah Siti Rahmah dilaporkan menghidap penyakit kencing manis sejak 2014, yang turut menjejas daya penglihatannya, menurut laporan BERITA Mediacorp sebelum ini.
Allahyarhamah juga diketahui menghidap sakit jantung dan kolesterol tinggi.
Atas sebab itu, Allahyarhamah sebelum ini turut dibantu Skim Bantuan Kewangan daripada Dana Pembangunan Asatizah PERGAS, yang memberi bantuan kewangan bulanan kepada asatizah uzur atau yang memerlukan.

Allahyarhamah Ustazah Siti Rahmah adalah antara kaunselor wanita pertama yang terlibat sama dalam Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG) sejak 2005 dalam usaha memberikan kaunseling kepada para isteri tahanan Jemaah Islamiyah (JI).
Selain itu, Allahyarhamah juga merupakan seorang kaunselor dengan Mahkamah Syariah.
Ketika dihubungi BERITA Mediacorp, Pengerusi Bersama RRG, Dr Mohamed Ali menyifatkan pemergian Allahyarhamah Ustazah Siti Rahmah sebagai "satu kehilangan yang besar bukan sahaja bagi RRG, tetapi masyarakat Islam setempat".
"Allahyarhamah merupakan salah seorang anggota RRG yang komited bukan sahaja dalam memberi kaunseling kepada keluarga para tahanan JI tetapi juga dalam menghadiri kursus dan acara-acara RRG," ujarnya.
Dr Mohamed juga menjulang bakti, komitmen dan kesungguhan Allahyarhamah dalam menggalas tanggungjawabnya di RRG.
Misalnya, semasa khidmatnya sebagai kaunselor di RRG, beliau berjaya
memegang Diploma Kepakaran dalam Psikologi Kaunseling, demi meningkatkan pengetahuan serta kemahirannya dalam membantu dalam usaha pemulihan keluarga para tahanan JI.
Bahkan, meskipun Allahyarhamah uzur dalam beberapa tahun kebelakangan ini dan berkerusi roda, Dr Mohamed berkata bahawa beliau tetap menghadiri acara-acara RRG.
Di samping itu, Allahyarhamah sering kali diundang sebagai penceramah undangan di acara-acara keagamaan dan beberapa masjid setempat.
Malah, Allahyarhamah pernah suatu ketika dahulu mengadakan Kuliah Dhuha di Masjid An-Nur.
"Memandangkan Allahyarhamah telah berkecimpung dalam bidang dakwah selama berpuluh-puluh tahun, kehilangan ini pasti dirasakan oleh ramai anak murid Allahyarhamah. Sumbangannya akan dikenang," ujar Dr Mohamed.
Jenazah Allahyarhamah akan disolatkan di Masjid Pusara Aman pada sekitar 9.30 pagi Khamis (7 Dis).

Sumber : BERITA Mediacorp/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.