Ustazah Nur Al’ Husainah terpilih jadi 'Valedictorian Simposium Asatizah aLIVE 2025'
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Seramai 51 asatizah diraikan dalam majlis Anugerah & Simposium Asatizah aLIVE (AAAS) 2025 pada Sabtu (11 Okt).
Anugerah tahunan oleh Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) itu bertujuan untuk menghargai sumbangan cemerlang para asatizah dalam pendidikan Islam serta menggalakkan pertumbuhan profesional dalam kalangan tenaga pengajar.
Ia juga bagi mengiktiraf usaha para asatizah dalam program aLIVE dan memberi motivasi agar mereka terus menyumbang dengan cemerlang dalam landskap pendidikan Islam.
Anugerah yang disampaikan oleh Ketua Eksekutif MUIS, Kadir Maideen Mohamed itu terdiri daripada dua kategori utama iaitu Anugerah Asatizah Berdedikasi dan Anugerah Asatizah Cemerlang.
USTAZAH NUR AL' HUSAINAH MOHAMMED ALI 'VALEDICTORIAN AAAS 2025'
Tahun ini, seramai 20 asatizah menerima Anugerah Asatizah Cemerlang atas prestasi, dedikasi dan kualiti pengajaran yang konsisten.
Antara penerima anugerah itu tahun ini ialah guru kanan di Masjid Al-Ansar, Ustazah Nur Al’ Husainah Mohammed Ali.
Beliau turut digelarkan sebagai 'Valedictorian AAAS 2025'.
Ustazah Husainah memulakan kerjayanya sebagai guru seawal usia 17 tahun dan sudah mengajar selama sedekad.
"Apa yang mendorong saya untuk terus mengajar dan kekal dalam kerjaya ini adalah pemikiran 'Kalau bukan kita, siapa lagi?'.
"Kalau kita tidak mengajar dengan kekurangan tenaga kerja, berkemungkinan agama kita tidak akan berkembang ataupun apa yang kita ingin pelajar memahami ataupun untuk kita sampaikan, tidak akan sampai pada pelajar-pelajar yang akan datang," kongsi Ustazah Husainah.
Dalam kerjayanya itu, beliau juga perlu menyesuaikan diri dengan pelbagai cabaran dan pembaharuan yang beliau hadapi.
"Antara cabaran terbesar yang pernah saya hadapi dalam kerjaya adalah pertukaran daripada mengajar kanak-kanak ke mengajar remaja.
"Kanak-kanak mudah kita lentur, mudah dengar kata tapi remaja ini, mereka ada pemikiran sendiri. Jadi, kita perlu mendengar apa yang mereka ingin sampaikan dan kita akan sampaikan apa yang 'in line', yang kena," kata Ustazah Husainah.
Beliau juga menekankan pentingnya keikhlasan dalam menyampaikan ilmu.
"Pada asatizah lain, teruskan mengajar dengan ikhlas kerana kalau tiada ikhlas, maka redha kita pun tidak ada. Apabila redha kita tidak ada, sukarlah bagi pelajar-pelajar kita untuk dapat segala ilmu yang kita hendak sampaikan," kongsi beliau.
Beliau berharap dapat menjadi inspirasi kepada para asatizah lain, terutama sekali mereka yang lebih muda.

ANUGERAH ASATIZAH BERDEDIKASI
Bagi kategori Anugerah Asatizah Berdedikasi pula, seramai 12 asatizah diberi pengiktirafan tahun ini.
Anugerah itu meraikan kesungguhan mereka mengendalikan sekurang-kurangnya lima kelas dengan kehadiran dan prestasi konsisten sepanjang tahun.
Antara penerima tahun ini adalah Ustaz Mohammed Ali Thurab Shah.
"Alhamdulillah saya sangat gembira dan bangga menerima anugerah ini dan pengiktirafan ini memberi saya dorongan untuk mengajar dengan lebih baik pada masa hadapan," kata Ustaz Ali.
Baginya, cabaran utama dalam mengajar para belia ialah untuk mengekalkan minat mereka dalam kelas.
"Cabaran terbesar saya adalah untuk membuat kelas itu menarik jadi apa yang saya akan buat ialah saya akan membincangkan topik-topik yang mereka minat seperti sukan dan bola sepak. Saya juga cuba untuk menggunakan bahasa mereka seperti perkataan 'delulu' dan sebagainya," kongsi Ustaz Ali.
Sebelum setiap kelasnya, beliau sentiasa mengingatkan dirinya tentang amanah besar yang dipikul sebagai seorang pendidik agama.
Baginya, peranan menyampaikan ilmu bukan sekadar tugasan harian tetapi satu tanggungjawab yang mulia.
Ini menjadi sumber motivasi dan dorongan baginya untuk sentiasa memberikan sebaik mampu dalam setiap kelas yang dikendalikannya.

TEMA SIMPOSIUM: ' BERHENTI SEKETIKA: BERSABAR, BERMUHASABAH DAN BERDAYA TAHAN DALAM PENDIDIKAN'
Dengan tema, "Berhenti Seketika: Bersabar, Bermuhasabah dan Berdaya Tahan dalam Pendidikan", simposium Asatizah aLIVE (AAS) 2025 menggalakkan para asatizah untuk memberi tumpuan kepada kesihatan mental, rohani dan fizikal mereka.
Ia juga bagi memperkasa para asatizah untuk mengamalkan kaedah pengajaran inovatif yang berteraskan takwa dan menggalakkan kerjasama antara guru, pakar subjek dan ulama dalam meningkatkan mutu pendekatan pembelajaran, penyampaian dan bahan-bahan pengajaran.
Simposium dimulakan dengan ucapan yang disampaikan pakar Psikologi positif dan pengasas 'The Positive Movement', Claire Ong.
Beliau berkongsi amalan yang berasaskan sains seperti latihan pernafasan, kesedaran tubuh dan rehat tanpa tidur (non-sleep deep rest) bagi membantu para asatizah menangani tekanan harian secara lebih berkesan.
Selain itu, para peserta juga berpeluang mengikuti tiga sesi 'breakout room' yang membincangkan topik-topik penting berkaitan kesejahteraan mental dan rohani dalam pendidikan.
Sekitar 450 peserta hadir ke acara yang berlangsung di Civil Service Club @ Tessensohn itu.

Sumber : BERITA Mediacorp/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.