Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Ustazah Dr Rohana Ithnin anggota penuh wanita pertama dalam Jawatankuasa Fatwa MUIS

Buat pertama kalinya, seorang wanita dilantik sebagai anggota penuh Jawatankuasa Fatwa Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS).

Anggaran Waktu Membaca:
Ustazah Dr Rohana Ithnin anggota penuh wanita pertama dalam Jawatankuasa Fatwa MUIS

Ustazah Dr Rohana Ithnin. (Gambar: MUIS)

Diterbitkan : 26 Sep 2019 09:48PM Dikemas Kini : 26 Sep 2019 09:58PM

SINGAPURA: Buat pertama kalinya, seorang wanita dilantik sebagai anggota penuh Jawatankuasa Fatwa Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS).

Ustazah Dr Rohana Ithnin dilantik hari ini (26 Sep), sebagai anggota penuh jawatankuasa tersebut bersama tiga asatizah lain: Ustaz Hj Ali Mohammed, Ustaz Mohammad Hasbi Hassan dan Ustaz Fathurrahman Dawoed yang dilantik semula selaku anggota penuh.

Ustazah Dr Rohana Ithnin menerima watikah pelantikan daripada Mufti Negara, Dr Mohamed Fatris Bakaram, dengan disaksikan Ketua Eksekutif Muis, Encik Esa Masood. (Gambar-gambar: MUIS)

Ustazah Dr Rohana Ithnin menerima watikah pelantikan daripada Mufti Negara, Dr Mohamed Fatris Bakaram, dengan disaksikan Ketua Eksekutif Muis, Encik Esa Masood. (Gambar-gambar: MUIS)

Dr Rohana sudahpun berkhidmat selaku anggota bersekutu dengan jawatankuasa berkenaan sejak tiga tahun lalu.

Presiden Halimah Yacob melantik para anggota baru Jawatankuasa Fatwa tersebut.

Dalam catatan Facebooknya, Presiden Halimah menyifatkan pelantikan Ustazah Rohana sebagai satu langkah "progresif dan inklusif".

Beliau menambah, Jawatankuasa Fatwa mempunyai peranan penting dalam membimbing Muslim Singapura untuk menunaikan tanggungjawab keagamaan mereka bersesuaian dengan keadaannya. Menerusi fatwa-fatwa yang dikeluarkan, ia membantu untuk membentuk nilai-nilai masyarakat setempat, kata Puan Halimah.

Dr Rohana mempunyai pengalaman lebih sedekad sebagai seorang pendidik dan juga pemimpin masyarakat.

Beliau pernah mengajar di tiga madrasah setempat dan menyediakan bimbingan keagamaan kepada masyarakat Muslim di sini.

Dr Rohana juga sebahagian daripada anggota Majlis Tertinggi Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas).

Seramai 10 anggota bersekutu baru dilantik pada Khamis. Ustaz Dr Firdaus Yahya yang berkhidmat sebagai anggota penuh sejak tiga tahun lalu pula melepaskan peranan tersebut untuk menjadi seorang anggota bersekutu. Ini menjadikan jumlah keseluruhan anggota jawatankuasa bersekutu seramai 21 orang.

Jawatankuasa Fatwa baru akan berkhidmat untuk penggal tiga tahun dari 2019-2022. (Gambar: MUIS)

Jawatankuasa Fatwa baru akan berkhidmat untuk penggal tiga tahun dari 2019-2022. (Gambar: MUIS)

Jawatankuasa Fatwa yang baru itu akan memulakan khidmat mereka untuk penggal tiga tahun berkuat kuasa hari ini sehingga 25 Sep 2022.

Berikut adalah senarai anggota bersekutu baru yang dilantik:

Ustaz Dr Mohammad Rizhan bin Leman

Prof Madya Shaik Ahmad bin Syed Buhari

Ustazah Dr Sakinah bte Saptu

Ustaz Mahmoud Mathlub

Ustazah Nadiah Hanim bte Abd Rahman

Ustaz Kamaruzaman Afandi

Ustaz Mohammad Yusri Yubhi bin Md Yusoff

Ustaz Muhammad Saiful Adli Ayob

Ustaz Maaz bin Sallim

Ustaz Dr Firdaus Yahya

Ustaz Dr Badrul Fata bin Muhd Ridwan

Sumber : BERITA Mediacorp/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan