Ustazah Asyunifar Abu mudirah baru Madrasah Alsagoff Al-Arabiah
Anggaran Waktu Membaca:
Ustazah Asyunifar Abu (kiri) menggantikan Ustaz Syed Mustafa Alsagoff (kanan) sebagai mudirah atau pengetua Madrasah Alsagoff Al-Arabiah. (Gambar: Laman Madrasah Alsagoff)
BERITAmediacorp: Madrasah Alsagoff Al-Arabiah memulakan tahun persekolahan 2023 hari ini (3 Jan) dengan mudirah atau pengetua baru.
Ustazah Asyunifar Abu menggantikan Ustaz Syed Mustafa Syed Ja’afar Alsagoff, yang melepaskan jawatan sebagai Mudir Madrasah Alsagoff mulai 1 Januari 2023.
Ustazah Asyunifar sebelum ini menyandang jawatan sebagai Naib Mudir Jabatan Bahasa Arab dan Ilmu Wahyu (ARK) di Madrasah Alsagoff sejak lima tahun yang lalu.
Sejak awal 2022, beliau sudah mula diberikan tugasan yang lebih besar dan dipertanggungjawabkan sebagai Pemangku Pengetua secara rasmi sejak Oktober 2022.
KENALI USTAZAH ASYUNIFAR ABU
Ustazah Asyunifar merupakan lulusan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), dengan ijazah dalam Bahasa dan Kesusasteraan Arab.
Dengan minat yang mendalam terhadap Bahasa Arab, beliau pernah bergiat dalam kegiatan bahas semasa di universiti dan juga mengajar penuntut peringkat diploma.
Pengalaman itu turut dimanfaatkan semasa menjadi penasihat bagi pasukan bahas Bahasa Arab Madrasah Alsagoff, yang sudah dua kali menjuarai pertandingan bahas peringkat antarabangsa.
Malah, asas Bahasa Arab dan pendidikan awal beliau sendiri bermula dari Madrasah Alsagoff.
Bagai sirih pulang ke gagang. Dari seorang pelajar hinggalah kini menyandang jawatan tertinggi di alma mater beliau, ternyata ia sesuatu yang manis bagi Ustazah Asyunifar, 40 tahun.
"Dengan rasa rendah diri saya berbesar hati dengan kepercayaan yang diberikan pihak pengurusan madrasah kepada saya untuk menerajui Madrasah Alsagoff.
"Sejujurnya ini adalah amanah yang amat besar pada saya. Saya berharap dengan kepercayaan yang diberikan saya dapat memberikan khidmat yang terbaik dan menyumbang semula kepada Madrasah Alsagoff pada skala yang lebih besar dan luas dengan sokongan guru-guru, kakitangan, waris serta pihak-pihak berkepentingan yang lain," kata beliau kepada BERITAmediacorp.
Beliau menambah, pengalaman selama berkhidmat di Madrasah Alsagoff banyak membantu dalam hal-hal yang berkaitan dengan pengurusan madrasah secara umum.
"Mudir juga secara berperingkat telah mewakilkan saya untuk mengambil alih beberapa tugasan beliau secara berperingkat sebelum jawatan ini sepenuhnya diberikan kepada saya.
"Selama tempoh ini, saya telah didedahkan dan dibimbing oleh Mudir tentang selok-belok pengurusan Madrasah agar lebih bersedia untuk mengambil alih peranan yang lebih besar," jelas Ustazah Asyunifar.
VISI SEBAGAI MUDIRAH BARU
Sebagai mudirah, visi beliau adalah untuk mengekalkan tradisi dan amalan-amalan terbaik yang sudah dilaksanakan madrasah.
"Saya juga akan terus memastikan tradisi menuntut ilmu terutama di dalam pemahaman Al Quran dan Sunnah melalui turath akan tetap dikekalkan dan kekal relevan walaupun pendekatan kami sangat terkini di dalam penggunaan teknologi dan penguasaan ilmu dan kemahiran alaf 21," ujar Ustazah Asyunifar.
Beliau juga berharap Madrasah Alsagoff akan terus maju dengan keupayaan guru-guru, tenaga kerja serta pelajar-pelajarnya. Ini selain terus konsisten dalam mewujudkan suasana serta persekitaran pembelajaran dan pekerjaan yang baik, sihat dan menarik sesuai dengan rangka kerja madrasah yang berpegang teguh pada nilai-nilai Islam menerusi Al-Quran dan Sunnah.
USTAZ SYED MUSTAFA ALSAGOFF
Ustaz Syed Mustafa memimpin Madrasah Alsagoff selama 12 tahun sebelum melepaskan jawatan mudir pada 1 Januari.

Sekalipun demikian, khidmat beliau di madrasah itu tetap diteruskan. Ustaz Mustafa memberitahu BERITAmediacorp bahawa beliau akan terus memainkan peranan sebagai setiausaha jawatankuasa pentadbir di sana.
Menyingkap pengalaman beliau menerajui madrasah tertua di Singapura, dengan sejarah dan pencapaian luar biasa itu, Ustaz Mustafa menyifatkannya sebagai "bukan satu tugas yang mudah".
Madrasah Alsagoff dibangunkan pada 1912 dan kini berusia 110 tahun.
"Alhamdulillah dengan berkat doa dan sokongan semua, kami (bersama guru-guru dan para pegawai pentadbiran) dapat memastikan Madrasah Alsagoff serta pendidikan Islam dapat diperkukuhkan legasinya untuk kekal relevan pada abad ini dan seterusnya," kata Ustaz Mustafa kepada BERITAmediacorp.
Antara pencapaian membanggakan Madrasah Alsagoff di bawah kepimpinan Ustaz Mustafa, adalah ketika ia menjadi madrasah pertama yang mempunyai program 1:1 iPad dan diiktiraf sebagai ‘Apple Distinguished School” sebanyak dua penggal berturut-turut - 2019 hingga 2021 dan 2022 hingga 2025.
Madrasah Alsagoff diiktiraf kerana ia berusaha untuk menjadi hab bagi inovasi, kepimpinan dan pencapaian akademik menerusi penggunaan meluas teknologi.
"Diiktiraf sebagai ‘Apple Distinguished School' sebanyak dua penggal berturut-turut mungkin adalah bukti bahawa kami berjaya meningkatkan kreativiti dan inovasi pendidikan Islam di peringkat antarabangsa sejak beberapa tahun yang lalu," ujar beliau.
Dengan adanya tampuk kepimpinan baru, Ustaz Mustafa berharap Ustazah Asyunifar dapat menerajui Madrasah Alsagoff ke satu tahap yang lebih baik.
"Insya-Allah mudirah bersama pasukan pendidiknya yang terdiri daripada guru-guru terlatih dan pegawai pentadbiran akan terus membawa Madrasah Alsagoff ke peringkat lebih baik lagi," kata beliau kepada BERITAmediacorp.

Sumber : BERITA Mediacorp/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.