Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Ustaz Pasuni Maulan pengerusi baru Lembaga Pengiktirafan Asatizah, Ustaz Ali Hj Mohamed jadi Penasihat Kanan

Ustaz Pasuni Maulan telah dilantik sebagai Pengerusi baru Lembaga Pengiktirafan Asatizah (ARB) bagi penggal tiga tahun bermula 1 Januari 2023 hingga 31 Disember 2025. 

Anggaran Waktu Membaca:
Ustaz Pasuni Maulan pengerusi baru Lembaga Pengiktirafan Asatizah, Ustaz Ali Hj Mohamed jadi Penasihat Kanan

(Gambar: Ustaz Pasuni Maulan (kiri), Ustaz Ali Hj Mohamed (kanan))

Diterbitkan : 29 Nov 2022 07:05PM Dikemas Kini : 29 Nov 2022 08:44PM

SINGAPURA: Ustaz Pasuni Maulan telah dilantik sebagai Pengerusi baru Lembaga Pengiktirafan Asatizah (ARB) bagi penggal tiga tahun bermula 1 Januari 2023 hingga 31 Disember 2025. 

Beliau akan menggantikan Ustaz Ali Hj Mohamed yang sudah menyandang jawatan tersebut selama 18 tahun. 

Dalam kenyataan media yang dikeluarkan MUIS pada Selasa (29 Nov), Ustaz Pasuni akan mengemudi lembaga itu bersama Ustaz Mohd Kamal Mokhtar selaku Naib Pengerusi ARB. 

Pelantikan pucuk pimpinan ARB itu dirasmikan semasa majlis penghargaan dan pelantikan ARB pada Jumaat (25 Nov) di Sheraton Towers Singapore. 

Di acara itu, Ketua Eksekutif MUIS, Kadir Maideen berkata golongan asatizah perlu kekal cekap dalam menyediakan bimbingan agama untuk menangani cabaran-cabaran kontemporari.  

Encik Kadir juga menekankan sokongan berterusan MUIS dalam bekerjasama dengan ARB untuk memupuk ekosistem asatizah menerusi inisiatif-inisiatif seperti Pelan Pembangunan Asatizah dan Rangka Kerjaya dan Kecekapan. 

Lembaga ARB yang baru dilantik akan memberi tumpuan untuk menangani serta isu-isu kontemporari kompleks serta cabaran-cabaran dalam dunia pasca pandemik.

Pengerusi baru, Ustaz Pasuni berkata: "Bersama-sama dengan MUIS dan Pergas, lembaga ini komited untuk mempertingkatkan daya profesional para asatizah dan memperdalamkan pengetahuan menerusi program-program pembangunan upaya dalam penggal baru ini. Lembaga ini juga akan memperkukuhkan Kod Etika ARS demi memastikan golongan asatizah akan sentiasa berpandukan nilai-nilai Islam." 

USTAZ ALI HJ MOHAMED JADI PENASIHAT KANAN, TIGA AHLI BARU DILANTIK

Mulai 1 Januari akan datang, Ustaz Pasuni akan menggantikan Ustaz Ali Hj Mohamed yang sudah menyandang jawatan tersebut selama 18 tahun sejak lembaga itu dimulakan. 

Ustaz Ali akan meneruskan khidmatnya di ARB selaku Penasihat Kanan ARB dalam penggal baru ini. 

Menurut MUIS, di bawah kepimpinan beliau, mutu para asatizah setempat telah dipertingkatkan menerusi Skim Pengiktirafan Asatizah (ARS) pada 2017. 

Untuk menangani isu-isu sosio-agama serta cabaran baru, tiga anggota ARB baru dari pelbagai bidang turut dilantik. 

Mereka termasuk Naib Kadi, Ustaz Ahmad Khushairi Abidin dan Pegawai Agama Masjid Kanan (MRO) di Masjid Al-Taqua, Ustaz Abdul Manaf Rahmat.

Anggota Bersekutu Jawatankuasa Fatwa MUIS, Ustazah Dr Siti Nur ‘Alaniah Abdul Wahid juga telah dilantik untuk menyertai lembaga ARB bagi penggal tiga tahun akan datang. 

Anggota ARB bagi penggal 1 Januari 2023 hingga 31 Disember 2025: 

• Ustaz Pasuni Maulan (Pengerusi)
• Ustaz Mohd Kamal Mokhtar (Naib Pengerusi) 
• Ustaz Mohamed Hasbi Hassan
• Ustaz Sallim Jasman
• Ustazah Harinah Abdul Latiff
• Ustazah Sukarti Asmoin
• Ustaz Dr Mohd Murat Aris
• Ustaz Nor Razak Bakar
• Ustazah Noor’atiqah Ibrahim
• Ustaz Ahmad Khushairi Abidin
• Ustaz Abdul Manaf Rahmat
• Ustazah Dr Siti Nur ‘Alaniah Abdul Wahid

Penasihat Kanan
• Ustaz Ali Hj Mohamed

Sumber : BERITA Mediacorp/hk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan