Ustaz Nor Razak Bakar pengerusi baharu ARB, panel penasihat ditubuhkan
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Kadi berpengalaman yang juga Pendaftar Pejabat Pendaftaran Pernikahan Orang Islam (ROMM), Ustaz Nor Razak Bakar, dilantik sebagai pengerusi baharu Lembaga Pengiktirafan Asatizah (ARB) bagi penggal 2026 hingga 2028.
ARB bertanggungjawab memastikan hanya tenaga pengajar agama yang berkelayakan diiktiraf untuk memberi panduan agama bagi masyarakat Islam di Singapura.
Ustaz Nor Razak akan menggantikan Ustaz Pasuni Maulan, yang telah menggalas tanggungjawab sebagai pengerusi sejak 1 Januari 2023.
PANEL PENASIHAT ARB DITUBUHKAN
Ustaz Pasuni Maulan bagaimanapun akan terus menyumbang kepakarannya kepada ARB menerusi satu panel penasihat yang baru ditubuhkan.
Panel itu berperanan memberi panduan strategik dan bimbingan kepada anggota baharu ARB mahupun golongan asatizah, dalam usaha memperkukuh kepimpinan agama di Singapura.
Selain Ustaz Pasuni, tiga lagi asatizah akan berkhidmat dalam panel penasihat tersebut, iaitu Ustaz Sallim Jasman, Ustaz Mohamad Hasbi Hassan dan Ustazah Dr Sukarti Asmoin.

Keempat-empat tokoh asatizah itu sudah berkhidmat dalam ARB selama lebih 15 tahun.
Sebagai tanda penghargaan, mereka juga menerima Anugerah Khidmat Setia yang disampaikan oleh Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Faishal Ibrahim dalam satu majlis pada Rabu (19 Nov).
"Hikmah dan pandangan mereka yang berharga amat diperlukan, sebagai panduan kepada anggota ARB yang lebih muda. Ini memastikan kesinambungan idea dan perspektif supaya asatizah kita boleh membimbing masyarakat Islam dengan penuh keyakinan," kata Dr Faishal.
Beliau juga mendedahkan bahawa hampir 5,200 asatizah telah berdaftar di bawah ARS sejauh ini.
Ini sekitar 300 asatizah lebih ramai berbanding jumlah yang dicatatkan pada Mei 2021.
ANTARA SUMBANGAN ANGGOTA TERDAHULU ARB

Mengimbas kembali dua dekad berkhidmat dalam ARB, Ustazah Dr Sukarti menekankan pelbagai penyesuaian telah dilaksanakan seiring perubahan dalam landskap pendidikan agama.
Beliau antara lain menyentuh tentang usaha ARB melancarkan satu platform yang membolehkan para asatizah diiktiraf di bawah ARS, mengemas kini butiran peribadi mereka, selain mendaftar bagi program-program Pendidikan Profesional Berterusan (CPE).
Lebih penting lagi tambah Ustazah Dr Sukarti, interaksi bersama pelbagai pihak membolehkan beliau dan anggota ARB lain memperkasa golongan asatizah.
"(Misalnya) kita tahu bagaimana kita dapat menjadikan asatizah di Singapura ini ikhlas, berbudi pekerti selain daripada berilmu. Kalau tidak ada budi pekerti yang mulia, mungkin mereka tidak dapat menjalankan peranan mereka sebagai guru agama yang berkesan," ujarnya.
SENARAI ANGGOTA ARB 2026-2028
Lembaga Pengiktirafan Asatizah bagi penggal 2026 hingga 2028 terdiri daripada 12 anggota.
Daripada jumlah itu, lima merupakan anggota baharu yang mempunyai kepakaran dalam pelbagai bidang.
Antaranya ialah Ustazah Khadijah Ramli.
Beliau merupakan seorang Anggota Kehormat PERGAS yang aktif memupuk nilai murni dan kesedaran beragama dalam kalangan keluarga dan belia.

"Di antara kelebihan yang saya dapati dalam diri saya ini yang asatizah atau muda datang kepada kita mengadu masalah mereka sama ada masalah peribadi ataupun masalah dalam berdakwah," kata Ustazah Khadijah.
"Jadi daripada ini, mereka ini memang memerlukan seorang mentor yang dapat bukan sahaja secara profesional tetapi kita dapat masuk ke lapisan yang lebih mendalam agar kualiti, dan daripada akar umbi mana yang perlu kita atasi itu dapat kita bawa ke hadapan."
Mengulas tentang pelantikan ARB bagi penggal ini, Ustaz Nor Razak menjelaskan bahawa para anggota umumnya mempunyai latar belakang yang pelbagai.

"Antaranya Presiden Mahkamah Syariah Singapura, anggota Jawatankuasa Fatwa dan wakil minoriti Muslim India," katanya.
"Ini memberikan lebih banyak peluang kepada ARB dalam mencapai keputusan yang lebih inklusif dan juga yang relevan bagi lapisan masyarakat yang pelbagai di Singapura," tambah Ustaz Nor Razak.
Berikut senarai lengkap anggota ARB bagi penggal antara 2026 dengan 2028:
1. Ustaz Nor Razak Bakar (Pengerusi)
2. Ustaz Mohd Kamal Mokhtar
3. Ustaz Dr Mohd Murat Md Aris
4. Ustaz Abdul Manaf Rahmat
5. Ustazah Harinah Abdul Latiff
6. Ustaz Ahmad Khushairi Abidin
7. Ustazah Dr Siti Nur 'Alaniah Abdul Wahid
8. Ustaz Fazalee Jaafar (Baharu)
9. Ustaz Mohammed Nazim Rahuma Dulla (Baharu)
10. Ustaz Azri Azman (Baharu)
11. Ustazah Khadijah Ramli (Baharu)
12. Ustazah Zuwainah Kamalutheen (Baharu)

Sumber : BERITA Mediacorp/aq
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.