Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Ustaz Jalaluddin Hassan meninggal dunia di Makkah

Naib Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Islam Singapura (AMTAS) Ustaz Jalaluddin Hassan meninggal dunia di Makkah, Arab Saudi hari ini (14 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Naib Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Islam Singapura (AMTAS) Ustaz Jalaluddin Hassan meninggal dunia di Makkah, Arab Saudi hari ini (14 Dis).

Khabar duka itu disampaikan oleh satu catatan di laman Facebook Fawaidul Mukhtarah.

Jenazah Allahyarham dibawa ke Masjidil Haram untuk disolatkan sebelum dikebumikan selepas solat Asar.

Catatan itu turut diiringi petikan skrin mesej WhatsApp oleh Ustaz TM Fouzy yang menyatakan bahawa isteri Allahyarham mengesahkan berita kematian itu.

Menurut Ustaz TM Fouzy, isteri Allahyarham memaklumkan Allahyarham mengadu sakit belakang pada pukul dua pagi.

Beliau dibawa ke klinik swasta AlBayt di Kompleks Menara Zam-zam tetapi klinik itu tutup.

Ustaz Jalaluddin, rebah di sana.

Salah seorang jemaah umrah Jalaluddin Travel, Muhd Khorudin berkata: "Semalam (13 Dis) baru habis ziarah, buat ziarah dan umrah dari Jaaranah, dia (Allahyarham) ikut umrah, dia balik mungkin penat agaknya."

"Malamnya kita baru makan bersama di restoran jadi kita tak nampak dia (Allahyarham) sakit, jadi tak menyangka," kata seorang lagi jemaah umrah yang bernama Syarif.

Allahyarham Ustaz Jalaluddin dilaporkan berangkat ke Arab Saudi pada 7 Disember lalu untuk bersama 47 jemaah umrah Singapura di Madinah, sebelum tiba di Makkah, dua hari lalu.

Allahyarham dan isteri sepatutnya pulang ke Singapura pada 17 Disember ini.

Pada Oktober lalu, Allahyarham memimpin pasukan AMTAS yang meninjau pembukaan semula ibadah umrah untuk para jemaah Singapura.

Pasukan itu meninjau protokol kesihatan agar jemaah Singapura dapat mengerjakan umrah COVID dengan selamat.

Kumpulan pertama jemaah umrah Singapura mula berangkat ke Saudi pada 4 November lalu. 

Sumber : BERITA Mediacorp/AA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan