Ustaz Dr Feirul Maliq Intajalle presiden baharu Mahkamah Syariah
Ustaz Dr Feirul Maliq Intajalle dilantik sebagai presiden baharu Mahkamah Syariah berkuat kuasa pada Khamis (3 Okt).
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Ustaz Dr Feirul Maliq Intajalle dilantik sebagai presiden baharu Mahkamah Syariah berkuat kuasa pada Khamis (3 Okt).
Menurut Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY), Ustaz Feirul akan mengambil alih jawatan itu daripada Ustazah Raihanah Halid.
Ustazah Raihanah akan kembali ke Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) untuk menggalas peranan sebagai Timbalan Pengarah, Dasar Agama dan Pembangunan (Fatwa) berkuat kuasa 1 Januari 2025, selepas tamat tempoh khidmat beliau di Mahkamah Syariah.
Ustaz Feirul ialah seorang pegawai daripada Dasar Agama dan Pembangunan (Dasar) MUIS.
Beliau arif dan berpengetahuan dengan tugas-tugasan di Mahkamah Syariah kerana sebelum ini beliau pernah berkhidmat sebagai seorang hakam pada 2013 dan presiden ad-hoc dari 2016 hingga 2019.
Sepanjang tempoh itu, Ustaz Feirul mempengerusikan beberapa persidangan di Mahkamah Syariah secara ad-hoc.
Semasa beliau berkhidmat di MUIS pula, Ustaz Feirul terlibat dalam beberapa kajian meliputi fatwa-fatwa penting seperti fatwa pemilikan bersama rumah dan memberikan panduan kepada masyarakat Islam mengenai isu-isu melibatkan COVID-19.
Dalam pada itu, Ustaz Feirul juga adalah penyunting khutbah solat Jumaat yang disampaikan di masjid-masjid merata Singapura setiap minggu.
Sebagai Presiden Mahkamah Syariah, Ustaz Feirul akan menggalas peranan adjudikasi yang menyelia proses undang-undang dalam menyelesaikan sesuatu pertelingkahan dan mempengerusikan persidangan mahkamah.

Sumber : BERITA Mediacorp/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.