Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Ustaz Ali Hj Mohamed abdikan diri kepada usaha pertingkat kemaslahatan rakyat SG: Masagos

Anggaran Waktu Membaca:
Ustaz Ali Hj Mohamed abdikan diri kepada usaha pertingkat kemaslahatan rakyat SG: Masagos

(Gambar: Masagos Zulkifli/Facebook)

SINGAPURA: Sumbangan Allahyarham Ustaz Ali Mohamed mencerminkan peranan besar beliau dalam menyemai semangat kewarganegaraan di Singapura menjangkau masyarakat Melayu/Islam.

Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Masagos Zulkifli berkata demikian dalam catatannya di laman Facebook hari ini (17 Mac).

"Sepanjang hayatnya, Allahyarham menabur bakti kepada masyarakat Melayu/Islam dan Singapura dengan penuh dedikasi.

"Laluan kerja-kerja sukarela yang ditempohi sangat pelbagai dan mencabar. Ini termasuk usaha pemulihan para individu yang terpesong dengan ideologi radikal atau kancah dadah," kata Encik Masagos.
Encik Masagos juga menarik perhatian Allahyarham Ustaz Ali membuat sumbangan besar dalam Jawatankuasa Fatwa, yang menggubal fatwa-fatwa sesuai dengan konteks masyarakat majmuk Singapura.

Beliau juga mempengerusikan Lembaga Pengiktirafan Asatizah (ARS) yang memainkan peranan utama dalam memperkukuh dan menaik taraf profesionalisme sektor asatizah, kata Encik Masagos.

SOKONG USAHA PEMULIHAN, BANTU PASTIKAN KESELAMATAN SG

Sumbangan Allahyarham Ustaz Ali sebagai pengasas RRG turut diiktiraf Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga itu.

"Allahyarham bersama Ustaz Hasbi bin Hassan telah membentuk Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG) pada tahun 2003 untuk bukan sahaja menyokong usaha pemulihan dan integrasi semula mereka yang terpesong dengan ideologi pengganasan bahkan membantu memastikan keselamatan, kesejahteraan dan keharmonian Singapura," kata beliau.

Encik Masagos turut hadir di Masjid Khadijah bagi memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Ustaz Ali petang tadi.

Penghormatan terakhir Allahyarham itu turut disertai para Menteri Kabinet lain seperti Menteri Kanan Teo Chee Hean dan Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang K Shanmugam.
Sumber : BERITA Mediacorp/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan