Usia persaraan dan pengambilan semula bekerja dinaikkan mulai Julai 2022
Singapura akan meneruskan rancangan untuk menaikkan usia persaraan dan pengambilan semula bekerja pada tahun depan.
SINGAPURA: Singapura akan meneruskan rancangan untuk menaikkan usia persaraan dan pengambilan semula bekerja pada tahun depan.
Bermula Julai nanti, usia persaraan akan dinaikkan setahun kepada 63 tahun manakala usia pengambilan bekerja semula kepada 68 tahun.
Perubahan itu sebahagian daripada saranan yang dibuat oleh kumpulan kerja tiga pihak mengenai pekerja lanjut usia pada 2019.
Bercakap di Parlimen pada Isnin (1 Nov), Menteri Tenaga Manusia Dr Tan See Leng berkata pindaan kepada Akta Persaraan dan Pengambilan Semula Bekerja adalah bagi membantu golongan pekerja lanjut usia yang ingin terus bekerja selepas usia 65 tahun.
"Biar saya beri jaminan kepada Dewan bahawa menaikkan usia persaraan dan pengambilan semula bekerja memberi kelonggaran kepada golongan lanjut usia untuk terus bekerja.
Kumpulan kerja itu juga mengesyorkan usia persaraan dan pengambilan semula bekerja bagi pekerja Singapura dinaikkan secara beransur-ansur kepada 65 dan 70 tahun menjelang 2030.
"Namun ia tidak memaksa mereka untuk berbuat sedemikian.
"Mereka yang tidak mahu terus bekerja boleh berbuat demikian dan menikmati persaraan mereka.
"Sebagai penjelasan, segala perubahan ini tidak menjejas dasar-dasar yang ada untuk mengeluarkan wang simpanan CPF," kata Encik Tan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.