Usahawan SG yang janji pekerjaan luar negara kepada pekerja hijrahan dikritik dek kelengahan visa
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar fail: TODAY)
New: You can now listen to articles.
This audio is generated by an AI tool.
SINGAPURA: Seorang lelaki yang dikenali memperjuangkan hak pekerja hijrahan di Singapura menerima kecaman daripada kumpulan yang sama baru-baru ini. Sebilangan daripada mereka menuduh bahawa dia mengambil ribuan dolar dalam bentuk bayaran permit kerja dan visa luar negara yang belum menjadi kenyataan.
Sazzad Hossain, seorang warganegara Singapura berusia 30 tahun yang mengendalikan agensi pengambilan pekerja SDI Global, dituduh awal Julai atas kesalahan menyasarkan pekerja Bangladesh di negara ini dan didakwa memikat mereka dengan peluang-peluang menarik, setelah bekerja di Singapura, untuk bekerja di negara-negara seperti Australia dan Kanada.
Dakwaan itu dikeluarkan menerusi sebuah surat forum di Banglar Kantha, iaitu akhbar Bengali di Singapura, dan dikongsi di akaun Instagram Migrant Workers Singapore.
Surat itu menarik perhatian kepada kesusahan pekerja, dengan menyatakan bahawa mereka kehilangan "ribuan dolar, harapan mereka untuk kehidupan yang lebih baik musnah dan ditinggalkan tanpa sebarang bantuan."
Ia juga menggesa pemerintah dan kedutaan Bangladesh di Singapura supaya menyiasat perkara ini.
Dalam responsnya, Sazzad, yang juga mengajar bahasa Inggeris kepada pekerja hijrahan sejak 2013, memberitahu Mediacorp bahawa proses rekrut pekerja itu berdepan 'kelengahan' akibat prosedur imigresen yang rumit di negara-negara seperti Republik Czech dan Perancis.
Dia juga berkata bahawa dia meminta sebanyak S$1,345 bagi yuran pendaftaran dan satu lagi bayaran S$5,377 bagi pemprosesan visa apabila mendapat tawaran kerja.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan sekitar S$6,800.
Dalam satu tinjauan yang dijalankan oleh kumpulan hak pekerja hijrahan Transient Workers Count Too pada 2021, ia mendapati bahawa responden Bangladesh membayar yuran pengambilan pekerjaan median sebanyak S$6,000 seorang untuk bekerja di Singapura.
Sazzad berkata bahawa "masalah yang tidak diduga" dalam mendapatkan visa dan permit pekerjaan, termasuk penangguhan temu janji dengan kedutaan menyebabkan tempoh menunggu yang lama, sehingga setahun.
Setakat ini, pekerja akan menerima balik sebanyak 80 peratus bayaran yang dibuat, dengan bakinya dipulangkan menerusi baucer kredit. Menurut Sazzad, ini bagi menampung perbelanjaan SDI Global, yang "melebihi 20 peratus kos".
Bayaran balik sebanyak 80 peratus ini mematuhi undang-undang Kementerian Tenaga Manusia (MOM) yang memerlukan sekurang-kurangnya 50 peratus bayaran untuk dipulangkan jika pekerjaan para pekerja tidak ditetapkan, tambahnya.
Dalam respons kepada pertanyaan Mediacorp, MOM menyatakan pihaknya sedang menyiasat dakwaan yang dibuat terhadap SDI Global untuk mengenal pasti sama ada aktiviti-aktiviti yang dijalankan melanggar peraturan.
Kementerian itu turut menyatakan bahawa ia tidak ada kerjasama dengan SDI Global.
Syarikat itu melakukan penjenamaan semula kepada Crane HR pada 2022 dan dijangka selesai awal tahun depan.
Dalam satu kes sebelum ini, MOM menyatakan bahawa di bawah Akta Agensi Pekerjaan 1958, organisasi dan individu yang meletakkan mereka yang mencari pekerjaan dengan majikan di dalam atau luar Singapura perlu mendapatkan lesen agensi pekerjaan untuk beroperasi di Singapura.
Bercakap kepada Mediacorp, ketua editor Banglar Kantha AKM Mohsin, 60 tahun, berkata bahawa penulisnya mengumpul kisah daripada sekitar 20 pekerja dalam surat yang dikeluarkan itu.
Seorang pekerja Bangladesh, 33 tahun, yang tidak mahu namanya dikeluarkan, berkata bahawa dia menemui catatan Facebook SDI Global yang berkenaan iklan pekerjaan di luar negara pada 2022.
Menunjukkan resit kepada Mediacorp, beliau mendakwa bahawa beliau membuat bayaran lebih S$8,000 untuk mempercepatkan proses imigresen, namun pendaftaraan visanya untuk ke Perancis tidak berjaya.
Bagaimanapun, ini dinafikan oleh Sazzad, yang berkata bahawa dia tidak mengenakan bayaran yang melebihi S$6,722, dan bahawa proses imigresen tidak boleh dipercepatkan.
Menunjukkan bukti beberapa visa yang diluluskan kepada Mediacorp, Sazzad berkata bahawa tiga pemohon berjaya mendapatkan pekerjaan di New Zealand.
Namun, tidak semua pekerja yang mendaftar dengan SDI Global berjaya, tambahnya.
Beliau turut memberitahu Mediacorp bahawa bayaran balik untuk pekerja dibuat menerusi empat bayaran ansuran kerana isu aliran tunai, dan beliau dan pasukannya sedang berusaha untuk mengumpul dana untuk membayar baki beberapa pekerja dalam tempoh 60 hari akan datang.
Mengenai rancangan masa depan, dia berkata syarikat itu akan terus mendapatkan pekerjaan untuk pekerja.
Berkenaan surat forum yang diterbitkan pula, Sazzad berkata bahawa peguamnya sudahpun menghantar surat untuk menghentikan penerbitan kepada Encik Mohsin kerana menerbitkan "artikel fitnah" itu tanpa mendapatkan sebarang penjelasan daripadanya.

Sumber : Today/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.