Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Usaha tingkatkan ekosistem pekerja hjirahan perlu kerjasama berbilang pihak, kata Dr Tan See Leng

Anggaran Waktu Membaca:
Usaha tingkatkan ekosistem pekerja hjirahan perlu kerjasama berbilang pihak, kata Dr Tan See Leng

Para pekerja hijrahan menyertai sambutan Hari Pekerja Hijrahan Antarabangsa di Pek Kio pada 10 Dis 2022.

SINGAPURA: Pemerintah kekal komited untuk meningkatkan mutu penginapan, perlindungan jagaan kesihatan dan sistem masyarakat bagi pekerja hijrahan di negara ini.

Namun Menteri Tenaga Manusia Dr Tan See Leng berkata, usaha sedemikian memerlukan sokongan dan kerjasama penduduk serta sektor privet dan awam.

Beliau berkata demikian semasa sambutan Hari Pekerja Hijrahan Antarabangsa di Pek Kio pada Sabtu (10 Dis).

Sempena sambutan itu, pekerja hijrahan dan penduduk dapat menikmati pelbagai permainan di satu karnival serta turut dihiburkan dengan persembahan.

Dr Tan merujuk kepada acara itu sebagai salah satu contoh bagaimana pihak-pihak berkepentingan dan rakyat Singapura dapat bekerjasama dengan pemerintah untuk menganjurkan bersama inisiatif sedemikian bagi manfaat pekerja hijrahan.

Dr Tan menarik perhatian tentang peranan penting pekerja hijrahan dalam pembangunan negara ini, dan lantaran itu, menjadi tanggungjawab rakyat Singapura untuk menyediakan tempat tinggal yang selesa, dan menjaga kebajikan mereka.
Sumber : CNA/ZM/zm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan