Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Usaha S'pura, Indonesia tangani perubahan iklim ibarat 'pencari laluan' terus melabur dalam huraian mampan, kata PM Lee

Usaha Singapura dan Indonesia untuk menangani perubahan iklim secara bersama bukan sahaja akan memanfaatkan kedua-dua negara, bahkan ia juga ibarat 'pencari laluan' untuk rantau ini terus melabur dalam huraian-huraian mampan.

Anggaran Waktu Membaca:
Usaha S'pura, Indonesia tangani perubahan iklim ibarat 'pencari laluan' terus melabur dalam huraian mampan, kata PM Lee

(Gambar: MCI)

Diterbitkan : 21 Mar 2022 09:56PM Dikemas Kini : 21 Mar 2022 09:56PM

SINGAPURA: Usaha Singapura dan Indonesia untuk menangani perubahan iklim secara bersama bukan sahaja akan memanfaatkan kedua-dua negara, bahkan ia juga ibarat 'pencari laluan' untuk rantau ini terus melabur dalam huraian-huraian mampan.

Demikian menurut Perdana Menteri Lee Hsien Loong dalam catatan Facebooknya hari ini (21 Mac) selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Koordinator Bidang Kemaritiman dan Investasi Indonesia Luhut Binsar Pandjaitan yang sedang melakukan lawatan kerja ke Singapura.

Menurut PM Lee, semasa pertemuan itu mereka juga bertukar-tukar pandangan tentang hubungan dua hala yang baik antara kedua-dua negara dan prospek bagi kerjasama lanjut dalam bidang-bidang baru.

Awal sebelum itu, Menteri Kanan merangkap Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara Teo Chee Hean dan Encik Luhut memeterai perjanjian baru untuk bekerjasama lebih rapat berhubung perubahan iklim serta usaha meningkatkan kemampanan.

Menurut PM Lee lagi, ia merupakan satu bidang kerjasama yang berpandangan jauh dan perbincangan mengenainya sedang berjalan lancar.

Sumber : BERITA Mediacorp/ha

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa