Usaha seluruh masyarakat, pemikiran betul untuk elak kesan negatif penduduk kian menua, kata PM Lee
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Usaha seluruh masyarakat dan setiap orang mempunyai pemikiran yang betul, diperlukan bagi menangani kesan-kesan negatif daripada keadaan penduduk yang kian menua di negara ini.
Demikian menurut Perdana Menteri Lee Hsien Loong di majlis pelancaran buku bertajuk 'Singapore Ageing: Issues & Challenges Ahead' pada Selasa (11 Apr).
Buku itu menonjolkan keadaan yang suram seperti perpecahan dalam masyarakat, serta kos jagaan kesihatan yang membebankan ekonomi, jika Singapura gagal menangani trend penduduk yang semakin menua.
"Semua orang perlu menerima proses penuaan secara positif. Anda tidak dapat elakkan rambut beruban atau rambut semakin tipis, namun anda boleh bersikap terbuka kepada perubahan, terus-menerus menimba ilmu dan kekal produktif selama mungkin. Di rumah, ahli keluarga perlu jalin hubungan, berbual dengan warga tua dan galakkan mereka meniti usia senja.
"Di tempat kerja juga, majikan perlu sokong pekerja lanjut usia dan manfaatkan pengalaman mereka serta nilai mereka. Sebagai satu masyarakat, kita mesti perkukuh budaya menghormati orang tua," kata PM Lee.
Buku tersebut memaparkan pandangan penyelidik dan pengamal merentasi sektor jagaan dan khidmat sosial.
Ia menerangkan tentang implikasi penduduk yang menua serta menawarkan huraian kepada isu-isu sedemikian.
Antara topik yang disentuh termasuk pendigitalan serta jagaan akhir hayat.
PM Lee berkata Pemerintah akan menerajui usaha tersebut.
Antaranya, dengan melaksanakan dasar-dasar seperti meningkatkan usia persaraan, memastikan wang persaraan yang mencukupi serta mengukuhkan sistem jagaan kesihatan.
Ia akan terus melabur dalam pembinaan prasarana jagaan kesihatan yang baru, serta meningkatkan prasarana sedia ada.
Julat khidmat jagaan sosial dan rawatan jangka panjang dalam masyarakat juga bakal diperluas.
"Jika kita dapat lakukan semua ini dengan betul, jika kita semua - setiap individu, keluarga, pihak majikan, masyarakat, Pemerintah - dapat bersatu hati dengan minda serta strategi yang tepat bagi menangani isu penuaan dalam masyarakat kita.
"Jika kita dapat ikutinya serta menghasilkan dasar-dasar, melaksanakannya, pastikan ia berlaku di lapangan, kita punya peluang baik untuk merealisasikan senario alternatif yang dipaparkan dalam buku tersebut. Di mana golongan warga tua sihat, arif dan terlibat aktif dalam kegiatan produktif dan bermanfaat, dihormati dan masyarakat raih manfaat daripada kebijaksanaan dan pengalaman mereka secara kolektif," jelas PM Lee.

Sumber : CNA/IQ/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.