Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Usaha sama SBS Transit dengan syarikat Perancis RATP Dev Asia Pacific menang kontrak Laluan Daerah Jurong

Industri rel tempatan Singapura akan mempunyai syarikat pengendali asing yang pertama selepas kontrak bagi Laluan Daerah Jurong (JRL) diberikan kepada usaha sama antara SBS Transit Rail dengan RATP Dev Asia Pacific.

Anggaran Waktu Membaca:
Usaha sama SBS Transit dengan syarikat Perancis RATP Dev Asia Pacific menang kontrak Laluan Daerah Jurong

Gambaran stesen JS9 Laluan Daerah Jurong. (Gambar: LTA)

Diterbitkan : 28 Nov 2024 11:12PM Dikemas Kini : 28 Nov 2024 11:13PM
SINGAPURA: Industri rel tempatan Singapura akan mempunyai syarikat pengendali asing yang pertama selepas kontrak bagi Laluan Daerah Jurong (JRL) diberikan kepada usaha sama antara SBS Transit Rail dengan RATP Dev Asia Pacific.

RATP Dev Asia Pacific adalah anak syarikat kepada pengendali pengangkutan awam Perancis RATP Dev.

Bayaran khidmat sebanyak S$750 juta yang dipetik bagi tempoh 11 tahun itu adalah sekitar 8 peratus lebih rendah daripada harga yang dipetik oleh SMRT Trains - iaitu satu lagi pengendali khidmat kereta api di Singapura, menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) pada Khamis (28 Nov).

Tempoh pelesenan pertama bagi JRL adalah selama sembilan tahun, dengan pilihan bagi LTA melanjutkan tempoh itu selama lagi dua tahun.

Usaha sama itu yang dikenali sebagai SRJV, "komited untuk memanfaatkan pengalaman RATP Dev untuk membina keupayaan tempatan dalam operasi dan penyenggaraan rel", tambahnya dalam kenyataan media.

JRL yang merupakan laluan MRT ketujuh di Singapura, akan mempunyai 24 stesen dan dijadual dibuka secara bertahap-tahap mulai 2027.

Bidaan untuk melantik pengendali JRL dilancarkan pada Mei 2023 secara serentak dengan satu lagi bidaan bagi Laluan Rentas Pulau (CRL).

Pada Khamis, LTA menyatakan ia belum memutuskan untuk memberikan kontrak bagi CRL.
Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan