Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Usaha perintis dilancar, latih agensi khidmat sosial urus isu kesihatan mental belia

Satu program perintis sedang diusahakan bagi melatih agensi-agensi khidmat sosial (SSA) untuk menguruskan isu kesihatan mental dalam kalangan belia. Ia hasil kerjasama antara Cabaran Presiden dengan Institut Kesihatan Mental (IMH).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 07 Oct 2021 07:47PM Dikemas Kini : 07 Oct 2021 09:21PM

SINGAPURA: Satu program perintis sedang diusahakan bagi melatih agensi-agensi khidmat sosial (SSA) untuk menguruskan isu kesihatan mental dalam kalangan belia.

Ia hasil kerjasama antara Cabaran Presiden dengan Institut Kesihatan Mental (IMH).

IMH melaporkan pertambahan 60 peratus belia yang dirawat bagi kemurungan antara 2015 hingga 2020.

Presiden Halimah Yacob mengumumkan demikian semasa persidangan kesihatan mental pada Khamis (7 Okt).

Kurikulum latihan itu akan mendidik SSA tentang isu kesihatan mental di samping melengkapkan agensi-agensi tersebut dengan kemahiran untuk menjalankan penilaian risiko.

SSA juga akan dilatih untuk menyediakan campur tangan awal.

IMH berharap untuk mengaitkan jagaan kesihatan dengan jagaan sosial menerusi program tersebut.

Dengan menghubungkan SSA dengan para penyedia khidmat jagaan kesihatan, kes-kes ringan boleh diberikan rawatan dalam masyarakat.

Hanya kes-kes serius akan dirujukkan ke IMH.

Latihan itu disasarkan bermula pada awal tahun depan.

Sementara itu, satu tinjauan yang dijalankan oleh Reben Perak Singapura memberikan gambaran mengenai isu kesihatan mental dalam kalangan belia tempatan.

Tinjauan itu melibatkan 675 responden yang berusia di bawah 35 tahun.

Menurut hasil tinjauan itu, dua daripada setiap tiga responden berkata mereka sentiasa atau kerap berasa letih.

Separuh daripada mereka pula melaporkan bahawa mereka sentiasa atau kerap berasa tertekan.

Manakala hampir satu daripada setiap tiga responden sentiasa atau kerap berasa sepi.

Sumber : CNA/AI/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan