Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Usaha perang dadah global kian mendesak dek berleluasa maklumat salah

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 26 May 2023 06:55PM Dikemas Kini : 26 May 2023 09:05PM

SINGAPURA: Menteri Kedua Ehwal Dalam Negeri Josephine Teo berkata, maklumat salah tentang ancaman dadah dan kesannya semakin meningkat, dan masyarakat perlu bekerjasama untuk membanterasnya.

Ini sedang masalah penggunaan dadah sejagat semakin memburuk, dengan sebilangan negara menunjukkan sikap lebih toleransi terhadap 'dadah rekreasi' seperti ganja.

Cik Teo, yang juga Menteri Perhubungan dan Penerangan berkata demikian di Forum Menentang Dadah Asia Pasifik (APFAD) pada Jumaat (26 Mei).

“Kita perlu bekerjasama untuk memerangi penyebaran maklumat salah tentang penggunaan dadah, dan meningkatkan suara bersama untuk tujuan antidadah,” kata Cik Teo di forum yang diadakan buat kali keempat itu.

Beliau turut menukil satu kajian di Amerika Syarikat yang menunjukkan tindakan membenarkan pengambilan ganja, menyebabkan lebih banyak penyalahgunaan dadah.

"Kajian itu membandingkan pasangan kembar yang tinggal di dua wilayah yang berbeza - satu yang membenarkan penggunaan ganja, dan satu lagi, melarangnya. Dapatan kajian menunjukkan, kembar yang tinggal di tempat di mana ganja dibenarkan, mengambil ganja 20 peratus lebih kerap berbanding kembarnya yang tinggal di tempat di mana ganja diharamkan. Ini cukup jelas menunjukkan kesan cukup besar terhadap undang-undang penggunaan ganja."

Forum tersebut dilancarkan pada 2015 oleh Majlis Mencegah Penyalahgunaan Dadah Kebangsaan (NCADA) Singapura dan bertujuan menjadi wadah perhimpunan bagi pertubuhan bukan pemerintah (NGO) dan agensi pemerintah di Asia Pasifik dalam usaha ke arah dunia bebas dadah.

Para pemimpin dunia yang hadir di forum tersebut dijadual berkongsi amalan terbaik bagi mencegah penyalahgunaan dadah.

Ini termasuk bengkel-bengkel perbincangan, di mana para aktivis antidadah dan wakil-wakil NGO bertukar-tukar pandangan tentang isu dan cabaran berkaitan dadah.

"Kajian itu membandingkan pasangan kembar yang tinggal di dua wilayah yang berbeza - satu yang membenarkan penggunaan ganja, dan satu lagi, melarangnya," Cik Teo.

"Dapatan kajian menunjukkan, kembar yang tinggal di tempat di mana ganja dibenarkan, mengambil ganja 20 peratus lebih kerap berbanding kembarnya yang tinggal di tempat di mana ganja diharamkan. Ini cukup jelas menunjukkan kesan cukup besar undang-undang ke atas penggunaan ganja," tambahnya.

Cik Teo berucap di Forum Asia Pasifik bagi menangani Dadah.

Para pemimpin dunia hadir di forum tersebut bagi berkongsi amalan terbaik bagi mencegah penyalahgunaan dadah.

Ini termasuk bengkel-bengkel perbincangan, di mana para aktivis anti-dadah dan wakil-wakil NGO bertukar-tukar pandangan tentang isu dan cabaran berkaitan dadah.

Cik Teo turut berkongsi, ia sangat penting untuk pelbagai pemerintah dan NGO bekerja rapat ke arah masyarakat yang bebas dadah.

Sumber : CNA/IQ/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan