Skip to main content

Singapura

Usaha pemerintah jadikan SG masyarakat lebih saksama dalam Belanjawan 2024 dialu-alukan: Saktiandi Supaat

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 26 Feb 2024 06:55PM Dikemas Kini : 26 Feb 2024 11:35PM
SINGAPURA: Anggota Parlimen (AP) GRC Bishan-Toa Payoh Saktiandi Supaat berkata, usaha Pemerintah untuk terus menjadikan Singapura sebuah masyarakat yang lebih saksama dalam Belanjawan tahun ini amat dialu-alukan.

Meskipun begitu, satu aspek penting perbelanjaan harian yang tidak mendapat perhatian ialah kos pengangkutan.

Tambah Encik Saktiandi, ini meskipun, tambang pengangkutan awam naik sebanyak 10 hingga 11 sen bagi setiap perjalanan pada September 2023, dan kenaikan serupa boleh dijangkakan pada tahun-tahun akan datang.

"Bolehkah kami melanjutkan PTV (Baucar Pengangkutan Awam) sebagai sebahagian daripada peruntukan Belanjawan kami seperti baucar CDC pada masa hadapan untuk membantu lebih ramai rakyat Singapura?," tanya Encik Saktiandi.

"Saya ada penduduk di Toa Payoh yang dulu bergaji pertengahan dan dibuang kerja dan sekarang mencari kerja tetapi perlu pertolongan sementara dari segi kos pengangkutan.

"Jadi saya harap juga, pemerintah akan memperkenalkan pertolongan kos pengangkutan di dalam skim sokongan kewangan sementara untuk mereka yang dibuang kerja dan sekarang mencari kerja, seumpamanya," tambahnya.
Sumber : CNA/NY/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita