Usaha pastikan tempat kerja selamat diteruskan sekalipun selepas Tempoh Keselamatan Dipertingkat tamat
Anggaran Waktu Membaca:

Pekerja hijrahan bekerja di sebuah tapak binaan di Singapura pada 14 September 2021. (Gambar: Roslan Rahman/AFP)
SINGAPURA: Pemerintah menyatakan usaha untuk memastikan tempat kerja selamat tidak akan berhenti, walaupun apabila Tempoh Keselamatan yang Dipertingkatkan (HSP) tamat kelak.
HSP telah diperkenalkan pada September lalu untuk menangani peningkatan pada jumlah kematian di tempat kerja melalui langkah-langkah yang lebih kukuh.
Ia bagaimanapun telah dimansuhkan pada 1 Jun lalu.
Bercakap di Parlimen, Menteri Negara Kanan Tenaga Manusia, Zaqy Mohamad, berkata pendekatan yang lebih disasarkan akan diambil untuk mengekang peningkatan pada jumlah kecederaan parah dan kematian di tempat kerja.
Encik Zaqy berkata demikian semasa menjawab usul penangguhan mengenai keselamatan di tempat kerja oleh Anggota Parlimen Radin Mas, Melvin Yong.
Encik Yong menyuarakan kebimbangan terhadap kadar kematian di tempat kerja yang telah meningkat kepada 4.3 sebulan.
Perangkaan itu merupakan satu peningkatan berbanding 2.3 sebulan semasa HSP.
Encik Yong juga mencadangkan cara untuk membendungnya, termasuk mempunyai pekerja kesihatan dan keselamatan yang dikhususkani di semua tempat kerja, mengenakan jumlah denda yang lebih tinggi serta menjalankan lebih banyak pemeriksaan.

Sumber : CNA/LL/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.