Usaha pastikan kos sara hidup kekal stabil diteruskan, kata PM Lawrence Wong dalam Amanat Hari Kebangsaan sulung
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Walaupun gaji dijangka meningkat tahun ini dengan lebih banyak pertumbuhan ekonomi, usaha masih diteruskan untuk memastikan kos sara hidup di sini kekal stabil, kata Perdana Menteri Lawrence Wong dalam Amanat Hari Kebangsaan sulung beliau pada Khamis (8 Ogos).
Lebih banyak bantuan akan dihulurkan bagi keluarga di bawah inisiatif Melakar Hala Tuju Singapura dan bagi membantu warga Singapura bangkit dengan lebih utuh daripada masalah pekerjaan.
PM Wong berkata beliau akan berkongsi beberapa idea untuk mencapai matlamat ini di Rapat Umum Hari Kebangsaan kelak.
PM Wong, yang juga Menteri Kewangan, berkata bahawa inflasi merupakan kebimbangan utama bagi Singapura dan banyak lagi negara, dan harga yang meningkat menjejas perbelanjaan harian rakyat Singapura.
"Kita tidak boleh kawal harga barangan global. Tetapi, kita boleh dan telahpun melindungi rakyat Singapura daripada kesan terburuk inflasi global dengan memastikan Dolar Singapura terus kukuh," kata PM Wong, pada malam Hari Kebangsaan negara yang ke-59.
Ucapan itu dirakamkan di Sri Temasek di Istana, yang menempatkan pejabat sementara PM Wong di tengah-tengah pengubahsuaian yang dijalankan di bangunan utama Istana.
Sri Temasek merupakan tempat di mana Perdana Menteri pengasas Lee Kuan Yew dan keluarganya bermalam pada 8 Ogos 1965, akibat kebimbangan keselamatan, setelah Encik Lee pulang ke Singapura pagi itu dengan Perjanjian Perpisahan.
Dalam ucapannya, Encik Wong berkata bahawa walaupun pendapatan dijangka meningkat, warga Singapura bergaji rendah dan pertengahan akan tetap menerima langkah-langkah bantuan seperti baucar Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) , bayaran tunai dan rebat api air.
"Dalam jangka panjang, kunci utama bagi menangani kenaikan kos sara hidup ialah inovasi dan daya penghasilan dalam setiap aspek
ekonomi kita," katanya.
"Dengan ini sahajalah kita dapat melihat kenaikan gaji yang lebih tinggi berbanding kadar inflasi. Mutu kehidupan semua rakyat Singapura juga akan meningkat."
Encik Wong, yang mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri keempat Singapura pada 15 Mei lalu, turut menyentuh mengenai perumahan dalam ucapannya.
Beliau menyatakan bahawa langkah-langkah tambahan dan bekalan flat
Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) baharu yang meningkat membantu stabilkan pasaran hartanah.
"Oktober nanti, HDB akan lancarkan kelompok pertama flat-flat Standard, Plus dan Prime yang baharu," kata PM Wong.
Klasifikasi perumahan baharu ini pertama kali diumumkan oleh mantan Perdana Menteri, Menteri Kanan Lee Hsien Loong, di Rapat Umum Hari Kebangsaan tahun lalu.
"Inovasi dalam dasar-dasar perumahan mencerminkan komitmen berterusan Pemerintah untuk pastikan semua rakyat Singapura dapat memiliki rumah sendiri. Kami akan pastikan perumahan awam di Singapura terus mampu dimiliki, dan adil untuk semua," katanya.
SISTEM SOKONGAN SOSIAL
Pemerintah akan menambah pelaburan bagi memperkukuhkan sistem sokongan sosial, menurut PM Wong.
Segelintir penduduk mungkin mendapati bahawa ia lebih sukar untuk menghadapi persekitaran yang baharu, tidak menentu dan cepat berubah, sementara penduduk yang kian menua juga memerlukan lebih banyak perkhidmatan penjagaan kesihatan dan sokongan sosial, katanya.
"Lebih ramai yang akan rasa tersepit, kerana perlu menjaga anak-anak dan juga ibu bapa yang sudah tua."
Dalam dua Belanjawan sebelum ini, langkah-langkah diambil untuk membantu para pekerja bergaji rendah, menyokong keluarga yang susah serta golongan pesara, katanya.
"Kami telah memulakan inisiatif peringkat nasional seperti SG Lebih Sihat dan Sihat Menua SG untuk menjaga warga emas kita."
Pemerintah berniat untuk melakukan lebih, kata Encik Wong.
MEMBINA PELUANG BAHARU
Sebagai negara yang maju, Singapura tidak boleh menjangkakan pertumbuhan sepantas dahulu, kata PM Wong.
"Kita perlu mengejar pertumbuhan dan peningkatan ekonomi, melalui inovasi dan daya penghasilan," katanya.
Bagi melakar peluang baharu bagi warga Singapura, pemerintah melaburkan lebih dalam kajian dan pembangunan serta teknologi baharu seperti robotik dan kecerdasan buatan (AI).
Projek-projek prasarana besar, seperti Terminal 5 Lapangan Terbang Changi dan Pelabuhan Tuas, juga dijalankan bagi meningkatkan daya saing Singapura sebagai hab logistik global.
"Strategi-strategi ini telahpun membuahkan hasil," kata Encik Wong.
Beliau berkata bahawa ketua pegawai eksekutif syarikat berbilang negara dalam tempoh beberapa minggu ini meluahkan keyakinan dengan Singapura, dalam pertemuan mereka.
“Dalam dunia yang bermasalah, mereka melihat Singapura sebagai pangkalan yang stabil dan boleh dipercayai untuk mengembangkan operasi mereka di Asia,” katanya.
Beliau turut menyatakan bahawa sebilangan besar syarikat berbilang negara membuka kilang mereka di sini sepanjang tahun lalu, termasuk Pfizer, Hyundai, GlobalFoundries dan Maersk. BioNTech juga akan membuka kilang mRNA di Singapura tidak lama lagi, yang pertama di Asia Tenggara.
"Kesemua pelaburan ini akan memacu ekonomi kita dan mewujudkan pekerjaan baharu bagi rakyat Singapura.
"Namun, pekerjaan-pekerjaan baharu ini berbeza dan perlukan kemahiran baharu."
Oleh itu, tenaga kerja perlu disiapkan untuk menyahut peluang baharu ini, kata PM Wong.
SkillsFuture membantu setiap rakyat Singapura melengkapi diri sepanjang kerjaya mereka, memastikan bahawa pendidikan tidak terhenti di sekolah, katanya.
Pemerintah akan bekerja rapat dengan Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) dan majikan untuk melengkapkan setiap pekerja dengan keupayaan bagi menghadapi ekonomi masa hadapan, kata PM Wong.
CABARAN MASA HADAPAN
Sedang dunia berubah dengan mendadak, cabaran baharu menantikan Singapura. Konflik di Eropah dan Timur Tengah tidak menunjukkan tanda-tanda ia akan semakin reda, katanya.
“Ketegangan antara Amerika Syarikat dengan China semakin meningkat. Buat masa ini, mereka tidak mahu bertembung. Tetapi mereka terlibat dalam persaingan strategik yang menggugat keamanan dan kestabilan, terutamanya di rantau ini.”
Populisme, nasionalisme dan dasar perlindungan semakin berleluasa di seluruh dunia, katanya.
“Politik di banyak negara kian agresif, menjadikannya lebih sukar untuk tangani krisis genting, khususnya perubahan iklim,” tambah PM Wong.
Dalam menghadapi kuasa besar yang membentuk persekitaran operasi negara, Singapura perlu "bertindak dengan tangkas, berpandangan jauh dan bersungguh-sungguh", kata Encik Wong.
KEYAKINAN DALAM MASA HADAPAN
Namun, seiring dengan langkah pemerintah dalam meningkatkan usaha, usaha setiap individu dan masyarakat masih memainkan peranan, menurut PM Wong.
"Kami menyokong setiap individu yang bekerja keras, dapatkan manfaat sepenuhnya dari sokongan yang disediakan, supaya anda cemerlang dalam pekerjaan, demi pertingkatkan mutu kehidupan keluarga anda," katanya.
"Bagi yang berjaya, bantulah orang lain. Itulah cara kita pastikan masyarakat
Singapura bersatu hati, teguh dan berdaya tahan."
Cabaran masa hadapan dalam dunia baharu ini amat "menggerunkan", dan tiada penyelesaian pantas dan mudah, ataupun jawapan yang boleh dicontohi.
"Namun, semakin besar masalahnya, semakin besar azam kita untuk mengatasinya, dan mengubah cabaran menjadi kekuatan."
59 tahun lalu, Singapura merupakan sebuah negara Dunia Ketiga dengan cara yang remeh untuk mencari nafkah atau mempertahankan diri.
Kini, ia mempunyai lapangan terbang dan pelabuhan tersibuk di dunia, dan dinobatkan sebagai bandar paling selesa untuk didiami, danara penduduk dengan taraf pendidikan tertinggi di dunia, kata PM Wong.
"Kita mungkin negara yang muda, tetapi kita mengharungi semua cabaran ini bersama. Jadi kita mempunyai sebab yang bagus untuk yakin dengan masa hadapan kita. Walaupun menghadapi cabaran, kita membawa Singapura Maju ke Hadapan."
Amanat Hari Kebangsaan Perdana Menteri Lawrence Wong akan dibawakan dalam bahasa Melayu oleh Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Masagos Zulkifli, pada jam 8.30 malam di Suria.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.