Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Usaha padu diperlukan untuk wujudkan persekitaran selamat di tempat kerja

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 20 May 2022 11:56PM Dikemas Kini : 21 May 2022 12:31AM

SINGAPURA: Menambah sumber bagi syarikat-syarikat dan majikan dapat menguruskan kesejahteraan mental para pekerja dengan lebih baik.

Menteri Tenaga Manusia Tan See Leng berkata, gabungan usaha diperlukan untuk mewujudkan persekitaran selamat di tempat kerja.

Dr Tan berkata demikian semasa perbincangan Temasek Shophouse Conversations.

"Perkara penting yang menyebabkan kebanyakan majikan tidak mampu untuk tampil membantu meskipun ramai daripada mereka ingin melakukannya, adalah kebimbangan dan kegusaran tentang perkara yang tidak diketahui kerana mereka tidak tahu dari mana mereka boleh mendapatkan sumber untuk menanganinya. Jadi saya fikir ia sesuatu yang kita boleh fikirkan bersama, termasuk melibatkan agensi-agensi pemerintah dalam usaha ini," ujar Dr Tan See Leng.

Dr Tan juga berkata Kementerian Tenaga Manusia (MOM) sedang bekerjasama dengan para majikan untuk membantu dalam bidang-bidang seperti pengambilan dan penempatan para pekerja yang mempunyai sejarah isu kesihatan mental.

Acara hibrid ini dianjurkan oleh Yayasan Temasek dengan disertai lebih 600 hadirin.

Ia bertujuan menggalak perbincangan dalam kalangan belia tentang kesihatan mental.

Wakil-wakil berbilang sektor berhimpun dalam kerjasama untuk menangani cabaran yang dihadapi masyarakat.

Sumber : CNA/ZM/kf
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan