Usaha murni pengguna TikTok dipuji selepas agih minuman, beri semangat kepada pekerja gotong-royong bersihkan pantai
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Seminggu selepas kejadian tumpahan minyak sebanyak 400 tan di perairan Singapura, kerja-kerja masih lagi dijalankan bagi membersihkan minyak di laut dan di darat.
Beratus-ratus pekerja juga bertungkus-lumus dan bergotong-royong bagi memastikan perairan di negara kembali pulih.
Namun, usaha mereka ini jelas tidak sia-sia dan turut diiktiraf masyarakat.
Dalam sebuah video yang dimuat naik pada Khamis (20 Jun), seorang pengguna TikTok 'SomethingForSomeone' berkongsi usahanya mengunjungi pantai yang terjejas oleh tumpahan minyak bagi mengagihkan minuman sejuk kepada para pekerja yang memerah keringat demi membersihkan pantai di negara ini.
BERITA Mediacorp meninjau-ninjau akaunnya dan mendapati pengguna ini sering memuat naik video-video, di mana beliau melakukan pelbagai usaha bagi membantu orang-orang di sekelilingnya.
Ini termasuk membeli makanan serta minuman untuk diagihkan.
Agihan kali ini pula terdiri daripada empat karton minuman isotonik 100 Plus, yang termasuk 24 tin setiap satu, empat pek ais, beberapa botol air mineral dan sebuah kotak gabus.
Beliau kemudian menyusun minuman dan ais yang dibeli ke dalam kotak dan beg-beg plastik sebelum bergegas ke pantai kerana hanya sempat melakukan usaha ini selepas tamat waktu bekerja.
Setibanya di pantai, beliau meletakkan barangan yang dibeli di atas satu meja sebelum memberitahu para pekerja di sana.
Beliau berkata: "Penghargaan besar kepada para pembersih dan sukarelawan yang turut membantu, kerana bergotong-royong membersihkan (tumpahan minyak) sepanjang hari.
"(Pengagihan) ini tidak setara dengan apa yang anda semua lakukan. Jadi sekali lagi, terima kasih bagi pihak masyarakat."
Usaha murni ini turut menerima sokongan dan pujian oleh warganet, serta membangkitkan semangat saling bantu-membantu.
Seorang pengguna menulis: "Mulakan saluran sembang di Telegram jadi kami boleh menghulurkan bantuan bagi penghantaran makanan dan minuman."
@SomethingForSomeone turut mengakhiri video itu dengan berkata: "Kebersamaan dalam mengharungi halangan atau cabaran membantu kita menjadi lebih erat sebagai sebuah masyarakat.
"Tidak kira kaum bahasa atau agama, kita mahukan yang terbaik untuk satu sama lain.
"Jadi marilah kita sama-sama keluar dan melakukan sesuatu untuk seseorang."

Sumber : BERITA Mediacorp/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.