Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Usaha mesra alam inisiatif Green Trails dilancarkan

Anggaran Waktu Membaca:
Usaha mesra alam inisiatif Green Trails dilancarkan

Gambar: South West Community Development Council

SINGAPURA: Para penduduk daerah barat daya berpeluang mempelajari lebih banyak lagi tentang kemampanan sambil membantu keluarga-keluarga kurang berkemampuan.

Ini dilakukan di bawah inisiatif jejak mesra alam yang baru, dipanggil 'Green Trails'.

Di bawah inisiatif itu, setiap kali seseorang penduduk selesai meneroka jejak baru itu dengan menggunakan pasport digital, sebuah pek barangan dapur bernilai S$25 akan diberikan kepada sebuah keluarga memerlukan.

'Green Trails' dilancarkan pada Sabtu (31 Dis) oleh Menteri Perdagangan dan Perusahaan Gan Kim Yong dan Datuk Bandar CDC Barat Daya, Low Yen Ling.

Jejak itu akan dirintis di Bukit Gombak sebelum diperkenalkan ke kawasan-kawasan lain di CDC itu.

Inisiatif itu merupakan antara usaha mesra alam terbaru CDC Barat Daya, yang termasuk mengumpul barang yang boleh dikitar semula.

Ia merancang menyediakan lebih 40 tempat untuk membolehkan para penduduk menukar barang dikitar semula bagi mendapatkan barang dapur, mulai Ahad (1 Jan).
Sumber : CNA/AI/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan