Usaha kolektif masyarakat & program Maybank bantu keluarga memerlukan, semarakkan semangat Ramadan
Anggaran Waktu Membaca:
New: You can now listen to articles.
This audio is generated by an AI tool.
SINGAPURA: Kerjasama antara badan-badan Melayu/Islam, Maybank, Grab dan sukarelawan dalam menghulurkan keperluan asas kepada keluarga-keluarga memerlukan di seluruh Singapura bagi Program Bantuan Ramadan Serantau Maybank menyerlahkan semangat Ramadan.
Demikian menurut Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Muhammad Faishal Ibrahim dalam catatannya di Facebook pada Selasa (10 Feb).
Program Bantuan Ramadan Serantau Maybank menyediakan dan mengagihkan keperluan khas kepada 2,500 keluarga-keluarga yang memerlukan di Singapura.

"Di sinilah terserlah semangat Ramadan - rasa syukur atas nikmat yang ada, kemurahan hati dalam setiap khidmat yang dicurahkan, serta semangat memberi yang lahir daripada usaha kolektif masyarakat," kata Dr Faishal.
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada sukarelawan dari badan-badan Melayu/Islam serta Maybank dan Grab atas sokongan yang disalurkan kepada masyarakat.
"Semoga usaha ini dapat memudahkan keluarga yang memerlukan dalam persiapan menjelang Ramadan dan semoga semangat kesantunan dan kerjasama ini berterusan sepanjang Ramadan dan seterusnya," tambah Dr Faishal.

Sumber : BERITA Mediacorp/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.