Usaha jadikan syarikat pengeluar makanan SG lebih mampan dipertingkatkan
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Mediacorp)
SINGAPURA: Singapura kini mengalihkan perhatian kepada syarikat-syarikat pengeluar makanan untuk menjadikan industri itu lebih mampan.
Menurut Enterprise Singapore, ini boleh dicapai menerusi dua kaedah.
Pertama, kursus perniagaan berbayar yang sediakan panduan asas.
Kedua, panduan percuma kepada syarikat menerusi senarai semak atau 'checklist'.
Pelbagai inisiatif terbaharu itu dilancarkan di Politeknik Republik pada Selasa (28 Nov).
Satu pameran turut diadakan bagi menonjolkan amalan-amalan mampan yang boleh diterap syarikat-syarikat pengeluar makanan.
Semasa berucap, Menteri Kemampanan dan Sekitaran Grace Fu berkata, penting untuk menjadikan industri penghasilan makanan lebih mampan.
Ini kerana, sektor tersebut menyumbang sepertiga daripada pelepasan gas rumah hijau.
"Sisa makanan memburukkan lagi krisis perubahan iklim, yang kemudian mengancam keselamatan bekalan makanan kita. Ia satu lingkaran yang buruk. Mengurangkan sisa makanan akan meningkatkan keselamatan bekalan makanan kita, merangsang produktiviti, menggalak pemuliharaan sumber dan tenaga serta mengawal perubahan iklim,' kata Cik Fu.
"Di Singapura, sisa makanan dan bungkusan adalah aliran sisa utama yang disumbangkan sektor pengeluaran makanan," tambahnya.
Panduan baharu itu menyediakan senarai rakan kongsi yang syarikat-syarikat boleh bekerjasama, selain sokongan yang boleh mereka manfaatkan.
Selain itu, ia turut menggariskan tiga aspek utama yang perlu dihuraikan syarikat-syarikat tersebut.
Ini termasuk melabur dalam peralatan yang cekap tenaga, menjual barangan agar tidak dibuang seperti lazimnya serta menggunakan pembungkusan yang mampan.

Sumber : CNA/NY/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.