Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Usaha dipertingkat untuk tarik, latih bakat muda dalam sektor sekitaran terbina

Singapura sudah berjaya melatih 60,000 bakat bagi sektor Sekitaran Terbina iaitu dua pertiga daripada matlamat 80,000 bakat yang disasarkannya.
 

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Singapura sudah berjaya melatih 60,000 bakat bagi sektor Sekitaran Terbina iaitu dua pertiga daripada matlamat 80,000 bakat yang disasarkannya.

Bakat-bakat tersebut dilengkapi dengan kemahiran teknologi baru seperti automasi dan pendigitalan.

Lebih banyak lagi usaha kini sedang dilakukan untuk mewujudkan laluan bagi bakat tempatan dalam sektor itu, yang termasuk perusahaan seperti binaan, keselamatan dan pengurusan kemudahan.

Antara daya usaha itu termasuklah satu perjanjian baru untuk menarik dan memupuk lebih ramai pelajar dari politeknik dan Institut Pendidikan Teknikal.

Ini akan membantu membentuk sebuah tenaga kerja yang bersedia untuk masa depan bagi transformasi industri berkenaan.

Bagaimanapun tinjauan perunding cara perusahaan menunjukkan sektor Sekitaran Terbina bukan sahaja mahu menjadi produktif dan cekap digital,
tetapi juga mahu dihormati dan dihargai menerusi imbangan kerja dan kehidupan lebih baik serta peluang maju dalam kerjaya.

"Malangnya BE (Sekitaran Terbina) jarang dilihat sebagai sektor yang menarik untuk pencari kerja, terutama golongan muda," kata Menteri Negara Kanan Pembangunan Negara Tan Kiat How.

"Kami sudah berusaha untuk mengubah tanggapan ini dengan menonjolkan banyak kerjaya menarik dalam sektor ini dan meraikan firma-firma BE yang diiktiraf bagi amalan sumber manusia mereka yang baik, serta pembangunan organisasi," ujar beliau.

Satu kajian bersama dengan Ernst & Young akan meninjau usaha mereka semula pekerjaan dan menambah baik amalan pengambilan pekerja,
untuk membantu menarik dan mengekalkan bakat dalam sektor tersebut.

Laporan itu akan siap pada suku keempat tahun ini.
Sumber : CNA/DY/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan