Skip to main content

Singapura

Usaha diperhebat bagi pikat 260,000 wanita kembali bekerja

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Pekerjaan sambilan dengan faedah penuh dan waktu kerja yang fleksibel antara langkah yang ditawarkan oleh beberapa syarikat di sini demi menggalak para wanita yang tidak bekerja untuk kembali menyertai pasaran tenaga buruh.

Dalam ucapannya baru-baru ini, Menteri Tenaga Manusia Dr Tan See Leng berkata seramai 260,000 wanita itu mungkin dapat memenuhi jawatan kosong di tengah-tengah kekurangan tenaga kerja.

Mothercare Singapore, yang menghadapi kekurangan tenaga kerja antara 20 hingga 30 peratus, menggajikan para wanita yang ingin kembali menyertai tenaga buruh. Bagi memikat para ibu yang mempunyai komitmen keluarga, syarikat barangan bayi ini menyediakan aturan kerja khas buat mereka. 

Kini, para pekerja wanita membentuk 70 peratus daripada tenaga kerja syarikat tersebut. 

Lebih separuh daripadanya adalah para ibu. 

Sementara itu, persatuan yang mewakili syarikat-syarikat kecil dan sederhana (SME) memberitahu Mediacorp bahawa banyak syarikat di sini belum bersedia menggajikan golongan wanita. 

Ini memandangkan mereka tidak mempunyai para karyawan sumber manusia, yang pakar untuk menghasilkan dasar-dasar bagi memikat golongan tersebut. 

Maka itu, ia menyarankan agar syarikat-syarikat kecil bekerjasama untuk berkongsi khidmat HR bagi mengatasi isu tersebut.

Sumber : CNA/AI/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita