Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Usaha cegah tabiat sorok, timbunkan barang dipertingkat demi keselamatan penduduk

Anggaran Waktu Membaca:
Usaha cegah tabiat sorok, timbunkan barang dipertingkat demi keselamatan penduduk

Gambar: SCDF

Diterbitkan : 12 Sep 2022 05:40PM Dikemas Kini : 12 Sep 2022 10:28PM
SINGAPURA: Usaha penguatkuasaan untuk mencegah penyimpanan terlalu banyak barang di koridor rumah HDB akan dipertingkat pada bulan-bulan mendatang.

Kementerian Pembangunan Negara (MND) akan meningkatkan usaha sedemikian di estet kejiranan untuk memastikan keselamatan orang ramai.

MND juga mahu mendidik orang awam dengan lebih baik akan bahayanya tabiat sebegitu.

Tabiat tersebut adalah sebab kebakaran yang tercetus di Jurong East baru-baru ini.

Siasatan awal mendedahkan kebakaran itu merebak dengan pantas disebabkan tabiat mengumpul barang oleh seorang penduduk.

Insiden sedemikian mencetuskan lebih banyak tindakan pencegahan.
Bagi menguruskan kebakaran disebabkan tabiat itu dengan lebih baik, Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dan Lembaga Pembangunan Perumahan (HDB) akan memasang satu alat pemadam api di setiap dua blok.

Sebuah kumpulan silang agensi yang menangani individu yang ada tabiat mengumpul barang juga berjaya mengurangkan tahap serius 210 kes dalam enam bulan pertama tahun ini.

Namun, masih ada lagi 260 kes aktif yang tidak dapat dihuraikan disebabkan penduduk yang kurang bekerjasama.

"Tabiat itu mungkin adalah gejala keadaan kesihatan mental yang tersembunyi seperti Gangguan Obsesif Kompulsif (OCD) atau mengalami trauma atau kepiluan yang teruk," kata Menteri Negara Kanan Pembangunan Negara, Sim Ann.

"Tabiat mengumpul barang juga boleh diburukkan lagi oleh faktor sosial seperti pertikaian keluarga atau menambah barangan terkumpul di rumah bagi perniagaan "karang guni". Walaupun tabiat itu lebih jelas dalam kalangan warga emas, ia adalah tabiat yang terbawa-bawa secara perlahan sejak dewasa ini," ujar beliau.

Cik Sim menambah bahawa para pegawai barisan hadapan berdepan dengan ketegangan nyata di lapangan seperti mengimbangi hak penduduk untuk pilih cara mereka hidup di rumah terutama sekali jika barangan terkumpul tidak melanggar peraturan.

Beliau mengatakan pemerintah akan bekerjasama rapat dengan sektor kesihatan mental untuk memberi para pegawai pemahaman dan keyakinan lebih baik dalam menangani kes-kes sedemikian.
Sumber : CNA/RU/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan